Friday, February 19, 2010

20 Fakta Sains



1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan
bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang
pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air
untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita
merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar
ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam
tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana
kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Jelly






Td br pas wat jelly..
coz esk da org nk dtg ambik..
so sj ja aku upload pic..
n klu da yg berminat ok ja
order ja k..


Harga :

Min 10 - 30 RM1.50
31 - 50 RM1.20
50 - 200 RM1.00

KeReta Polis di Seluruh Dunia..

hohohoh.. "Pak Polisi" sering dihadapkan pada operasi pengejaran penjahat. Untuk membantu tugas mereka, beberapa negara terutama di Eropah dan Amerika menaiktaraf polisi mereka dengan kereta-kereta eksotis AkA supercar. Sudah jelas, kereta-kereta ini berkuasa tinggi, sangat laju, dan yang pasti super mahal.


1. CAPARO



Caparo T1 RRV, supercar asal dari British yang mirip mobil F-1 ini dijadikan kereta polis. kereta ini boleh mencecah dari 0-161km/jam dalam 5 saat. Inilah kereta polis tercepat di dunia ketika ini, meskipun sesungguhnya kereta ini masih berupa protype. enjin kereta ini berkonfigurasi V8-3,5L ini berkuasa tenaga sebesar 575HP pada 10.500 RPM dan top-speed sehingga 322 km/jam. Jadi kalau kereta ini mengejar anda, jangan harap anda boleh lari..





2. LAMBORGHINI



Yang ini pula giliran kereta yang berasal dari Itali, Lamborghini Gallardo, yang boleh mencecah kelajuan 309 km/jam dari enjin 10 silinder dengan tenaga 500HP. Pada masa kini, ada 2 Gallardo yang bertugas di Pejabat Polis Itali setempat (Polizia di Stato).




Yang ini kereta polis Lamborghini di London. Jangan sesekali melarikan diri dari dikejar kereta polis ini. supercar Lamborghini Murcielago LP640 ini berkuasa 640HP.




Yang ini Lamborghini Gallardo di Afrika Selatan. kereta beharga $200.000 dollar ini digunakan polis trafik setempat untuk memberi perhatian lebih dalam mengawasi lalu lintas di sana.





3. DODGE CHARGER



ini merupakan gambar Polis dari Lake County (US)..




Yang ini di New York Police Department, dengan Dodge Charger berenjin V8, dari 0 hingga 97km/jam hanya dalam waktu 6,75 saat





4. PORSCHE



Kereta polis Techart Porsche 911 ini merupakan hasil kerja sama Bundesverkehrsministerium (German Federal Traffic Ministry), VDAT (Association of German Automobile Tuners), dan Essen Motor Show untuk keselamatan berkederaan. Porsche 911 Carrera S ini dimodifikasi oleh Techart menjadi kereta polis yang memiliki top-speed 300 km/jam dan berkelajuan dari 0-97km/jam dalam 4,5 saat saja.




Yang ini adalah Porsche 911 yang digunakan oleh polis di Austria. Mesin turbo 3,6L nya mengeluarkan tenaga sehingga 300 kW. Seperti negara-negara Eropah, khususnya German memandang sangat serius soal hukum kelajuan tinggi di jalan raya.





5. LOTUS



ni supercar Lotus Exige, berkelajuan 225 km/jam, digunakan pihak polis Australia.




Ini Sussex Police Lotus Exige, di Brisith. Dari 0 - 97km/jam dalam 4,1 saat..





6. FERRARI



Ini Ferrari 612 Scaglietti, digunakan pihak polis British, berenjin 5,7L dengan konfigurasi V12, dengan 4 penumpang.





7. MERCEDEZ BENZ



Inilah kereta polis German, Mercedes-Benz Brabus V12 CLS Rocket, berenjin 6,3 liter V12 twin turbo, berkuasa kuda 730HP!





8. SMART

Inilah antara kereta polis paling cute yang ada di muka bumi..





Kereta Polis Smart di London




Kereta Polis Smart di Portugal




Yang ini electric smart ed (bertenaga elektrik) yang diuji di London's Metropolitan Police Service (MPS. Dua kereta ini digunakan di Pusat London dan di bandar Heathrow.




Atas permintaan TITANIUM & roBust, ni aku tepek gak keta MY..

Ini dia Evo X mali maaa...dont play play aa





Kos sebenar bagi kereta peronda berprestasi tinggi Mitsubishi Evolution X (Manual) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharga RM159,000 seunit dan setiap satu dilengkapi aksesori tambahan bernilai RM8,000.

Lukisan Huruf dan Kata-kata






Biasanya orang melukis dengan menggunakan pensil, cat air,dan sebagainya dengan menggambarkan sesuatu bentuk objek lukisannya. Tapi ada yang dengan kreatif menghasilkan lukisan dengan menggunakan huruf-huruf dalam sejumlah kata untuk membentuk objek lukisannya.

Jangan ingat minum ais tidak elok untuk kesihatan.Ia juga ada kebaikan disebalik kebu


Rahsia Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”


Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

kalu terror sgt kire la..

Susahnya Soalan matematik ni!!!!

Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab...

Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya.
6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.

SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana ?
Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik,
sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk
berpikir secara wajar...

Tetapi...... .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang
membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya
bahawa hal ini bukan JOKE semata.....

cuba lihat jawapan di bawah...


Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya
(A)
M = A + 21

6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur
anak

M + 6 = (A + 6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A

A = -3/4





Bererti umur anaknya sekarang
* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir
kira-kira 9 bulan kemudian)

Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...

atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut
posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak
dihasilkan ...ha... ha... ha.... Dah pi buat keje jangan nak fikir lagi posisi apa pulak yang best.... he he he
Reply With Quote

15 rahsia senyum & tawa (penawar penyakit)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentusaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
Wallahhualam.

Risiko Tulang Rapuh


Kajian dapati rakyat Malaysia kurang ambil kalsium iaitu cuma 300 hingga 500 miligram sehari

TUBUH manusia memiliki 206 tulang bagi membentuk keseluruhan rangka badan. Setiap daripada tulang ini berpotensi mengalami keretakan atau patah jika anda tidak menjadikan pengambilan kalsium sebagai rutin.

Tulang yang dijaga dengan baik, tidak akan merosot kepadatannya walaupun anda sudah berusia. Wanita misalnya, memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki kerana kalsium membantu pengecutan otot, pembekuan darah dan gerakan saraf.

Wanita hamil pula memerlukan kalsium bukan saja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungan. Ketika hamil, kalsium si ibu dipindahkan kepada janin sekitar 270 miligram menjelang tempoh tiga bulan terakhir kehamilan.

Sungguhpun begitu, tidak semua wanita mengambil berat mengambil pengambilan kalsium mereka. Selepas putus haid, ketiadaan hormon estrogen menyebabkan kepadatan tulang merosot mendadak. Dengan kadar jangka hayat wanita yang lebih lama berbanding lelaki, risiko tulang rapuh lebih tinggi di kalangan wanita.

Antara komplikasi tulang rapuh yang biasa ditemui adalah patah tulang pinggul dan ia adalah masalah global. Di Amerika Syarikat misalnya, kajian mendapati lebih 300,000 dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana masalah itu.

Di negara-negara Asia pula dianggarkan kira-kira 50 peratus kes patah tulang sendi pinggul berlaku menjelang 2050. Dalam satu kajian, pengambilan kalsium di kalangan rakyat Malaysia adalah antara 300 hingga 500 miligram (mg) sehari - satu jumlah yang sememangnya tidak mencukupi.

Masalah tulang rapuh berlaku apabila tulang kehilangan mineral dan kurang padat. Ia menyebabkan tulang lemah dan mudah patah. Selain pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan adalah tulang yang kerap patah.

Pereputan tulang berlaku lebih cepat dari dalam. Justeru, pengambilan kalsium harus ditingkatkan sejak muda.

Perlu diingat, usaha mengekalkan tulang sihat dan kuat, bukan kerja yang boleh dilakukan dalam tempoh singkat seperti sehari semalam. Ia memakan masa lama dan belum terlambat bagi anda memulakannya sekarang.

Kekuatan tulang bergantung pada saiz dan kepadatannya. Kepadatan tulang diperoleh dengan bantuan kalsium yang bukan saja diperoleh daripada susu atau produk tenusu tetapi juga daripada sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan sawi. Selain itu tingkatkan pengambilan ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium.

Mengurangkan risiko tulang rapuh juga boleh dilakukan dengan meminimumkan risiko seperti tidak merokok, tidak minum arak dan mengurangkan jumlah pengambilan minuman berkarbonat serta yang mengandungi kafein.

INFO: Gejala tulang rapuh
* Sakit belakang, ia boleh menjadi lebih teruk jika berlaku keretakan.
* Ketinggian badan terjejas dan tubuh mula membongkok.
* Keretakan tulang di pergelangan tangan dan pinggul.

‘Vitamin’ tulang
* Susu dan produk tenusu
* Sayur hijau seperti brokoli dan sawi
* Ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium

wanita....ketahui rahsia hari lahir anda (tafsiran dari tajul muluk )

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.


ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai
mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka
diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun
dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh
terdorong ke lembah hina.


JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran,
teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak
tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun
suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik
orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah
suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya
tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Khasiat Rambutan


Khasiat Rambutan (Nephelium lappaceum)

Rambutan adalah salah satu tanaman yang multi guna. Semua bahagian dari tanaman ini, dari kulit, daun, biji, sampai akar, dapat berfungsi sebagai obat. Daya tawarnya juga luar biasa. Demam, uban, radang usus, ulser mulut, sampai kencing manis, boleh sembuh dengan ramuan yang tepat.

Bagian tanaman yang bermanfaat: kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya. Detail manfaatnya adalah sebagai berikut:

1. Kulit buah: untuk mengatasi radang usus, demam
2. Kulit kayu: untuk mengatasi ulser mulut
3. Daun: untuk mengatasi radang usus dan menghitamkan rambut
4. Akar: untuk mengatasi demam
5. Biji: untuk mengatasi kencing manis (diabetes melitus)

Untuk obat yang diminum, tidak ada dos yg tepat, secukup rasa. Lihat contoh pemakaian. Untuk pemakaian luar, giling daun sampai halus, lalu tambahkan sedikit air. Gunakan air perahannya untuk menghitamkan rambut yang beruban.

Contoh - contoh pemakaian:

1.radang usus. Cuci kulit buah rambutan (10 buah), potong-potong seperlunya. Tambahkan tiga gelas minum air bersih, lalu rebus sampai airnya tersisa separuhnya. Setelah ,sejuk, tapis dan minum sehari dua kali, masing-masing tiga suku gelas.

2. Demam. Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 menit. Setelah dingin, saring dan minum tiga kali sehari, masing-masing tiga suku bahagian.

3. Menghitamkan rambut beruban. Cuci daun rambutan secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil dicampur gaul rata sampai menjadi adunan seperti bubur. Perah dan tapis dengan sehelai kain. Gunakan air yang terkumpul untuk membasahi rambut kepala. Lakukan setiap hari sampai terlihat hasilnya.

4. Kencing manis. goreng biji rambutan (lima biji), lalu giling sampai menjadi serbuk. curah dengan satu teko air panas. Setelah sejuk, minum airnya one shot. Lakukan 1-2 kali sehari

5. ulser mulut. Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat suam2 kuku.

Berapa No Rumah Anda


Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki
sekarang?Apa nombornya?Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami
rumah tersebut?
Kiraan:
Nombor 11 = 1+1=2

Jadi angka rumah korang ialah 2.Baca keterangan 2 kat bawah….

Nombor 192

= 1+9+2=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah korang ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….

Rumah nombor 1

Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya
dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang
kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan
fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan
gembira.

Rumah nombor 2

Orang yg tinggal di rumah ini selalu
dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik
dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada
penghuninya.Cubalah… .

Rumah nombor 3

Biasanya mereka yg tinggal di rumah
bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya
degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’
dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk
meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik
beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang
yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati
jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar
mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4

Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk
diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan
kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di
rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah
ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis.
Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis
ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang
lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5

Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan
seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal
di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka
akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang
bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun
begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat
perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan
telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan
kebendaan.

Rumah nombor 6

Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor
ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan
tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai
daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang
tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra
menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu
juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah
kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan
layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7

Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan
dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main
dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua
kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada
kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang
alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu
juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang
sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan
perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit
dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk
mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa
depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8

Rumah ini lebih digemari oleh golongan
yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul
jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang
berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah
itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami
rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula
kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap
kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9

Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.


untuk yang LOT...aku xtau la plak..hehe..

Followers