Saturday, February 20, 2010

~ Jangan Minum Air Kotak Ni! ~khas utk semua muslimin dan muslimah

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.




Cuba lihat kat pic ini.


Cuba lihat dekat-dekat.......



Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!



Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

apa nak kata?

20 Amalan Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan kelu asan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhira t. Di antaranya:

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan penga bd ian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kas ih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ' Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yan g dicintai-Nya dan yan g tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yan g dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yan g boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut diatas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yan g menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yan g tidak terlint as di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yan g sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
__________________

Rahsia Mengenali Peribadi Wanita Dari Cara Berjalan



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Dunia Batinku - Kasih Ibu Tidak Ternilai




Slot Cerekarama di TV3 pada 20 Februari ini, jam 9 malam, bakal menayangkan sebuah lagi karya daripada JS Pictures berjudul ‘Dunia Batinku’.

Hasil nukilan Jinggo (Azman Yahya) dan isteri Sheila Rusly, telemovie ini menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Fizz Fairuz dan Memey Suhaiza.

Bak kata pepatah kehidupan, ‘Semangat bersama air mata ialah teman setia untuk kita meneruskan kehidupan yang ada. Yang pergi pasti tidak akan kembali.’

Berikutlah yang ingin diketengahkan melalui ‘Dunia Batinku’ yang mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup pada suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi.

KhadijaKhadija

Kehilangan suami menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi bila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mertuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Meskipun disarat kepayahan hidup, Khadija tidak membenarkan anak-anaknya berhenti sekolah. Khadija yakin hanya pelajaran yang boleh mengubah taraf kehidupan mereka. Anak sulungnya, Zainal akan menduduki PMR. Anak keduanya, Siti Zaharah akan mengambil peperiksaan UPSR dan yang paling bongsu, Siti Mariam baru berusia enam tahun. Sikap degil Zainal yang sering bercanggah pendapat dengannya menambahkan lagi tekanan hidup Khadija.

ZainalZainal

Malang tidak berbau, Khadija dipatuk ular sewaktu berkebun seorang diri dan tidak sempat diselamatkan bersama kandungannya. Zainal betul-betul menyesal kerana sering mengecewakan ibunya. Dia nekad berusaha untuk cemerlang dalam akademik supaya dapat mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik-beradiknya.

Namun, dugaan demi dugaan yang melanda. Kini adik bongsunya, Siti Mariam dihantar pula ke rumah anak-anak yatim.



info dari gua.com.my

8 Info Kesihatan Buat Lelaki



1. Lelaki tinggi lebih menarik
Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain menemui teori bahawa lelaki tinggi sememangnya menarik secara seksual. Postur tubuh yang tinggi dan berbadan tegap dikatakan menjadi dambaan setiap wanita. Bagaimanapun, tidak semua wanita hanya menginginkan pasangan yang tinggi sebaliknya mementingkan ciri-ciri sampingan seperti mempunyai kerjaya dan tahap ekonomi yang bagus. Sebaliknya, majoriti lelaki yang tinggi, sukakan wanita yang lebih rendah.


2. Betik tingkatkan kesuburan
Seperti yang diketahui, buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Tahukah anda, kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.


3. Vasektomi jadikan lelaki lebih ghairah
Kajian di Indonesia ke atas 400 lelaki yang melakukan vasektomi (pemotongan dan pengikatan pada vasa diferensia kanan dan kiri) mendapati keghairahan meningkat 50% sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri berbanding sebelumnya. 40% menyatakan tiada perubahan, dan 10% menurun. Hal ini menunjukkan mereka yang melakukan vaksektomi berupaya memberi kepuasan yang lebih kepada isteri.


4. Lelaki abaikan kesihatan
Kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ke atas 351 lelaki di Lembah Klang berusia melebihi 50 tahun menunjukkan, secara umumnya lelaki mengamalkan gaya hidup tidak sihat, dengan 41.9% merokok (atau pernah merokok), 43.3% minum arak, 57.3% kurang bersenam dan 78.7% mengalami obesiti. Hasil kajian mendapati lelaki juga banyak mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi; kencing manis serta masalah jantung, prostat dan pendengaran. Lebih 66.1% dilaporkan menghadapi sekurang-kurangnya dua masalah kesihatan dan hanya 13.4% benar-benar sihat. Meskipun senarai masalah kesihatan ini panjang, hanya 38.4% menjalani pemeriksaan kesihatan.


5. Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolesterol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.


6. Agar tidak letih lesu
Jika anda lelaki yang telah berumur 40-an, anda perlu amalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan tahap hormon testosteron tidak menurun. Penurunan hormon ini akan membuatkan anda cepat letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam serta tidak berselera mengadakan hubungan seks. Apabila ini berlaku, anda akan mudah mudah naik angin atau meradang tidak tentu pasal. Dari segi kesihatan, testosteron penting kerana kekurangan hormon ini akan menyebabkan lelaki mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan masalah jantung. Selain itu, tahap kesuburan lelaki yang memasuki umur 40-an menurun akibat penuaan menyebabkan mereka seperti wanita berisiko mendapat zuriat terencat seperti Sindrom Down.


7. Lelaki lebih lemah daripada wanita
Ada banyak bukti menunjukkan lelaki sebenarnya jauh lebih lemah berbanding wanita terutama dalam aspek kesihatan. Laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) 2004 menyenaraikan 10 pembunuh utama lelaki Amerika diterajui penyakit jantung (28.4%), kanser (24.1%), kemalangan (5.8%), strok (5.2%), penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD, 5.1%), kencing manis (2.8%), influenza dan pneumonia (2.4%), bunuh diri (2.1%), buah pinggang (1.6%) dan penyakit hati kronik (1.5%). Berdasarkan maklumat kesihatan Mayo Clinic, tabiat atau gaya hidup lelaki menyumbang kepada kematian awal kerana lelaki lebih ramai merokok, minum minuman keras, menyalahguna dadah dan terbabit dengan aktiviti seks bebas.


8. Makanan laut tingkatkan kualiti sperma
Ingin tingkatkan kualiti sperma? Manjakan diri kamu dengan makanan laut seperti abalon, tiram dan siput-siput laut yang lain. Makanan laut dikatakan mengandungi mineral yang boleh meningkatkan kualiti sperma.

sumber kt sini

Petua berkesan supaya suami ringan tulang



Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.

Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.

Tip 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat

Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

Tips 2 – Berikan alasan yang logik

Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

Tips 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’

Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.

Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

Tips 4 – Sentuh perasaannya

Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.

Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

Tips 5 – Rayu dengan hadiah

Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

Tips 6 – Jangan mendesak atau mengarah

Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

Tips 7 – Masa yang sesuai

Meminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

Tips 8 – Ucapkan terima kasih

Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.

Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.

Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.

Panduan kecemasan masa darurat/perang etc



Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang, darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah dari Malaysia.

Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya terfikir akan mati akibat kesejukan.

Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium). Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.

Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.

Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).

Bukan TT

1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.

2. Belajar untuk "mengsterilkan" air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.

3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.
Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA PERANG...BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat : http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya berjaya mencipta "Spark Plug" yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.

4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan sahaja.

4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah Sungai Gombak dan Kelang.

5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.

6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja, saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara anda akan keluar pada setiap radio yang "tune" pada frekuensi tersebut.

6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.
Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set, amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.

7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.

8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia. Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).
Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas atau menyebut "HELP!HELP". (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)

9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan berbeza, saya misalnya...rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di luar negara.

10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di dalam hutan.

11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk beberapa hari.

12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna (Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj peralatan-peralatan lain tetapi anda kena "Hardwire" lah sikit.

13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama "Inverter", ini merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket "lighter" kereta dan "Inverter" ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak faham, OK saya bagi satu contoh...anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta. Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan "Charger" biasa telefon anda. Selain sambungan pada soket "lighter" di dalam kereta, ia mempunyai sambungan wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan harga RM500.

14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.

15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.

16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.

17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan bekalan kayu api.

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan


6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda


7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.


8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.


9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.


10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

7 fizikal lelaki yang mengoda

Ciri-ciri fizikal merupakan antara faktor penarik bagi mata yang memandang hingga membuatkan hati terpikat. Bak kata pepatah, ‘Dari mata turun ke hati’. Guys, cuba perhatikan ciri-ciri fizikal yang ada pada anda.

Kemudian tanyakan kepada si dia, apakah faktor fizikal itu yang memikat hatinya? Jika anda masih solo, nah! Ini antara petanda yang dibawakan oleh ciri-ciri fizikal anda. Sedar atau tidak, itulah anda. Tapi apa pun, ia bukan jaminan dalam sebuah perhubungan sebaliknya karakter dalaman lebih penting.

1. RAMBUT PANJANG
Lelaki berambut panjang sering kali dikatakan sebagai seorang yang romantik dan berjiwa lembut. Walau pun rambut panjang ala rocker sekali pun dan nampak macam ganas, namun anda miliki hati yang mudah retak (fragile) dan cukup mudah tersentuh. Ada wanita yang suka sekiranya pasangannya berambut panjang (asal tidak menyerupai wanita dan tersisir kemas) kerana ia bukan setakat nampak romantik tetapi juga seksi.

2. RAMBUT PENDEK ALA MILITARI
Tegas dan mungkin agak kasar. Itu seperti mana yang digambarkan berhubung dengan lelaki berambut pendek ala militari ini. Tetapi ada juga wanita yang sukakan gaya sebegini kerana ia seakan melambangkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki.

3. BOTAK
Nampak ganas dan jahat, itu hanya luaran saja. Don’t judge the book by it’s cover. Tetapi bagi sesetengah wanita, beranggapan lelaki botak sebenarnya memiliki sifat kelakian yang kental, tahan cabaran tetapi masih terselit kelembutan di dalam dirinya. Selalunya lelaki botak juga seorang yang manja!

4. BERKUMIS
Nampak lebih matang, ada ciri-ciri maskulin dan seorang yang mengambil berat. Tetapi lelaki berkumis juga sering kali dikatakan seorang yang manja dan tak lokek belaian. Untungnya wanita yang mendapat lelaki seperti anda!

5. BERMISAI
Wah! Macho tu bro! Kalau bermisai lentik, lagi nampak lebih ganas dan garang. Tetapi hakikatnya tidak bukan? Come on bro, buktikan yang anda juga seorang lelaki yang budiman dan menghargai orang lain.

6. KURUS
Lelaki kurus sering dikatakan memiliki kemahuan dalam seksual yang agak tinggi berbanding dengan lelaki berbadan tegap. Dan lelaki kurus juga memiliki tahap cemburu yang sukar untuk dibendung. Jaga-jaga, bro. Jangan sampai makan diri sendiri.

7. GEMUK ATAU BOROI
Anda dikatakan mempunyai sifat penyayang yang lebih, berfi kiran jauh dan matang mengendalikan hubungan berbanding dengan lelaki yang bertubuh sederhana atau kurus. Tak kiralah walau perut anda umpama wanita mengandung 5 bulan sekali pun, pasti kekasih anda akan berasa selamat berada di samping anda.

12 Prinsip Jutawan




Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.

Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang
biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada
masa akan datang.

Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada
mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak
yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000
yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.

Di sini kami membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.

5 kaedah bagaimana kemarahan boleh menjadi satu perkara yang baik

Pengalaman memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa.

Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan.

Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.

Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:

1. Kemarahan sebagai pelindung

Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan.

Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.

2. Kemarahan sebagai petanda

Tujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu.

Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.

3. Kemarahan mengawal

Anak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu. Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas.

Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.

4. Kemarahan sebagai suara

Apa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan.

Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.

5. Kemarahan sebagai pengajaran

Gaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya. Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya.

Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan.

Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.

Telefon Pistol...



Sebahagian besar daripada kita melihat keselamatan lapangan terbang sebagai rasa sakit .. Sebahagian daripada kita bahkan merasa dilanggar. Ketika anda melihat gambar-gambar di bawah, anda akan memahami mengapa mereka ingin telefon kita melalui mesin x-ray. Jika anda diminta untuk menguji telefon anda di lapangan terbang, ini adalah alasan. Senjata telefon telah tiba.

DAN mereka nyata.

Bawah telefon digital wajah adalah sebuah pistol berkaliber, 22 mampu menembak empat pusingan dalam pergantian yang cepat dengan menggunakan butang telefon standard. Penegak hukum Eropah yang terpana oleh penemuan umpan mematikan ini. Mereka mengatakan senjata telefon menukar Peraturan penglibatan di Eropah. Hanya apabila anda mempunyai satu di tangan anda adakah anda menyedari bahawa mereka lebih berat daripada telefon biasa.

Bersabarlah jika keselamatan meminta untuk melihat telefon anda atau mengaktifkannya untuk menunjukkan bahawa ia bekerja. Mereka mempunyai alasan yang baik! Bangun dengan kami NEW WORLD!! Kita tidak boleh mengeluh tentang keselamatan lapangan terbang 'menyerang privasi anda.

Tahukah Anda Asal Usul Lagu

Lagu ucapan selamat menyambut harijadi "Happy Birthday To You" telah menjadi lagu yang paling popular di dunia, dinyanyikan berjuta kali oleh berjuta-juta orang. Setiap saat dan setiap detik di mana-mana pelusuk dunia pasti ada yang menyanyikan lagu ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Semua golongan tidak kira yang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak seawal usia setahun tahu menyanyikannya, atau sekurang-kurangnya mampu mengikut melodinya. Masing-masing dapat merasai keistimewaan lagu ini apabila dinyanyikan kepada mereka setahun sekali. Namun tahukah anda, bilakah lagu "paling popular di dunia," sepanjang zaman ini dicipta? Dan siapakah penciptanya
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to ....................

Selanjutnya..

Lagu asal "Happy Birthday to You" dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama. Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk "Good Morning To All." Lagu "Good Morning To All" dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi "Song Stories of the Kindergarten" pada tahun 1893.

31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia, seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut. Malah dia telah membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, "Good Morning to All", kepada "Happy Birthday to You."

Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.

Setelah Mildred meninggal dunia pada 1916, Patty, bersama adiknya yang ketiga, bernama Jessica, mengambil tindakan mahkamah terhadap Coleman. Kedua beradik ini telah berjaya membuktikan yang melodi lagu tersebut adalah milik mereka. Disebabkan lagu tersebut telah disahkan secara undang-undang milik keluarga Hill, ia berhak untuk diberikan royalti apabila dinyanyikan untuk tujuan komersil.

Hakcipta yang pertama terhadap lagu ini telah dikeluarkan pada 1935 (selepas tuntutan mahkamah oleh Patty dan Jessica).

Pada tahun 1988, Birch Tree Group, Ltd. telah menjual hak lagu tersebut kepada Warner Communications (bersama aset lainnya) dengan anggaran $25 juta.

Dalam tahun 80an, lagu "Happy Birthday to You" dipercayai telah mengumpulkan sekitar $1 juta dalam bentuk royalti tahunan.

Ketahui Tarikh Lahir Islam Anda

Ketahui tarikh lahir islam anda
Nak tahu apa tarikh lahir kita ikut kalendar hijrah?

mungkin berguna @pun sbg info tambahan. seelok2nya

kita kena tau tarikh ikut kalendar islam gak. xla

tekebil2 bila org tanya.


boleh check di sini

Aku punya???hurm biarla rahsia

seterusnya, check personaliti anda lak

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi ***** jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat..


SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang ***** atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia
akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan
baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan
sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.. Dia seharusnya bertindak
tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak
dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

selamat mencuba...

Panadol Merbahaya



CHEMICAL HAZARD - Paracetamol ( acetaminophen ) merbahaya



JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…



“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Alternative Treatment ( Tips )


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.




Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


hai obat..hai obat..

10 tabiat rosakkan otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.


10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

pEtUa x rugi klu bca...


Penawar Resdung.
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah
disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut.
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1.Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
2.Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan
semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik,
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid.
Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Boleh gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat,
hitam dan berkilat semulajadi.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Perkosaan Visual (wanita kena bace)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda

Followers