Saturday, February 20, 2010

Dunia Batinku - Kasih Ibu Tidak Ternilai




Slot Cerekarama di TV3 pada 20 Februari ini, jam 9 malam, bakal menayangkan sebuah lagi karya daripada JS Pictures berjudul ‘Dunia Batinku’.

Hasil nukilan Jinggo (Azman Yahya) dan isteri Sheila Rusly, telemovie ini menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Fizz Fairuz dan Memey Suhaiza.

Bak kata pepatah kehidupan, ‘Semangat bersama air mata ialah teman setia untuk kita meneruskan kehidupan yang ada. Yang pergi pasti tidak akan kembali.’

Berikutlah yang ingin diketengahkan melalui ‘Dunia Batinku’ yang mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup pada suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi.

KhadijaKhadija

Kehilangan suami menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi bila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mertuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Meskipun disarat kepayahan hidup, Khadija tidak membenarkan anak-anaknya berhenti sekolah. Khadija yakin hanya pelajaran yang boleh mengubah taraf kehidupan mereka. Anak sulungnya, Zainal akan menduduki PMR. Anak keduanya, Siti Zaharah akan mengambil peperiksaan UPSR dan yang paling bongsu, Siti Mariam baru berusia enam tahun. Sikap degil Zainal yang sering bercanggah pendapat dengannya menambahkan lagi tekanan hidup Khadija.

ZainalZainal

Malang tidak berbau, Khadija dipatuk ular sewaktu berkebun seorang diri dan tidak sempat diselamatkan bersama kandungannya. Zainal betul-betul menyesal kerana sering mengecewakan ibunya. Dia nekad berusaha untuk cemerlang dalam akademik supaya dapat mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik-beradiknya.

Namun, dugaan demi dugaan yang melanda. Kini adik bongsunya, Siti Mariam dihantar pula ke rumah anak-anak yatim.



info dari gua.com.my

No comments:

Post a Comment

Followers