Friday, February 26, 2010

10 Hadiah Untuk Yang Tersayang



Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia


6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Tips Menghalang Kecurian.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri.(mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
[+] Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
[+] Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun)
[+] Alternatif lain bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
[+] Alamat tak tidur ler..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama)
[+] Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).
[+] Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga!
[+] ....dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)
[+] Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
[+] Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
[+] Pastikan handphone ada cukup bateri.

Tahi lalat korang nk mana ek..




huhu..meh la jenguk2..n cungkil
rahsia disebaliknya..tp jgn la percaya sgt ek..

1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dalam mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha

Tujuh Ayat Cinta



Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan
mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah: jika ingin mùelakukan
sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6.innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah

Korang Dah Jatuh cinta ke




Kau mengatakan bahawa kau tidak pernah jatuh cinta
Sebaliknya mengatakan yg si dia itu Cuma kawan baik sahaja..
Betulkah? Mari kita check..

Jika kau setiap hari akan terfikirkan si dia walaupun sekejap,walaupun seketika Cuma..
Kau dikira sedang dilamun cinta

Jika setiap kali telefon bimbit kau berdering menerima mesej,
Sebelum membuka mesej, fikiran kau sentiasa meneka bahawa si dia yg menghantar mesj itu
Kau sebenarnya sudah jatuh cinta..

Jika di dalam telefon bimbit kau banyak disimpan mesej drpd sidia,
Jika kau merasakan berat sekali untuk menbuang mesej si dia apabila inbox sudah penuh,
Kau benar-benar jatuh cinta

Jika setiap hari hati kau berharap si dia akan menelefon dan bertanyakan khabar kau,
Jika kau merasakan seperti kehilangan duit yg banyak jika tidak mendengar suara si dia walaupun sehari dua dan merasakan itu sudah cukup lama.
Kau sudah jatuh cinta

Jika beberapa hari tidak mendengar suara si dia, dan kau merasa ceria,lega dan seumpamanya apabila si dia cuma menghantar mesej ‘hai, apa khabar? Dah makan?’

Jika kau tersenyum ceria jika si dia merungut..
“kenapa dah lama tak sms saya?”..dan seumpanya
kau terasa tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak bercermin pada dinding batu..
itu tandanya kau sudah cintakan dia.

Kau akan tersenyum dan ceria jika ada orang memuji si dia dihadapan kau,
Kau akan marah jika ada orang yang mengutuk si dia,
Kau sebenarnya sudah jatuh cinta…

Jika kau cemburu jika si dia memuji lelaki/perempuan lain dihadapan kau..
Atau jika kau merasa tidak senang hati jika si dia terlalu rapat dengan lelaki lain
Kau sebenarnya cintakan dia..

Jika setiap kali kau membuka e-mail kau berharap ada e-mail drpd si dia,
Dan jika setiap kali kau menghantar e-mail kepada si dia kau berharap si dia akan membalas e-mail kau..
Kau sudah jatuh cinta.

Jika si dia susah hati, kau juga turut berkongsi merasainya sama,
Kau akan mencari jalan menenangkannya jika hatinya resah..
Kau juga sudah jatuh cinta padanya..

Jika si dia merajuk, kau akan cepat-cepat memujuk dan meredakan keadaan,
Dan kau juga mengharapkan pujukan si dia jika kau merajuk atau buat-buat merajuk..
Itulah tandanya kaunya kau sudah jatuh cinta..

Jika banyak rahsia kau, diluahkan kepada si dia..bermakna kau percayakan si dia dan ingin dia tahu.Tidak semua org tahu rahsia diri kau kecuali sidia..
Kau telah jatuh cinta.

Semua pemberian sidia akan kau simpan seperti menyimpan emas walaupun yg diberi itu hanya sekeping penanda buku.
Kau telah jatuh cinta padanya..

Jika si dia suka kepada sate sebagai makanan favourite nya..
pantang matamu melihat sate atau hidungmu terhidu bau sate..
pasti fikiranmu terus teringatkan sidia..
Ketahuilah kau telah cintakan dia

Jika dulu kau bencikan sst..
tetapi apabila mengetahui yang engkau benci itu menjadi kesukaan si dia..
dengan mudah kau menerima itu sebaga kesukaan kamu jua..atau untuk menyenangkan hati si dia..
tak syak lagi kau cintakan dia!

Kau boleh menipu telinga kau dan orang lain bahawa si dia dan kau cuma kawan biasa, tetapi kau tidak mampu menipu hati kau yg sensitive itu.Usah berselindung!
Luahkanlah

asyraff!!


budak ni sepupu aku..
kt rmh aku xda budak kecik so ayah aku
rapat la ngan budak ni...
tp aku geram skit kt dia
slalu psl dia kau kena ngan ayah aku..
semua gara2 budak ni...
masa aku snap pic ni
dia tgh lari coz x mau pakai pampers..!
slalu klu dia mai rmh aku dia akn suruh mak
dia balik n tinggal dia kt ayah aku...
so mmg x sah klu dia mai rmh aku x dok
lama paling kurang pon 6 or 7 jam...
klu dia mai rmh aku ja sure aku terbakaq dada...
k la nnt aku update g pasal budak ni...!

3 Lagi Rahsia Lelaki Setiap Wanita Mesti Tau!

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia ‘call’ maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak ‘call’ pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun ‘boring’ la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu ‘signal’ yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!


Sila komen....

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
sumber

seluar dalam berzip???




SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia.

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.

"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.

"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,'' kata Faridah ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.

"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu.


p/s :: yg mana ada maid dari indon...apalagi..buat la spotcheck ...mana la tau kot² ada ber'zip' sekarang

Maulidur Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Undang-Undang: Jangan pandang remeh poligami




Lelaki ingin kahwin lebih perlu faham konsep keadilan

GOLONGAN Adam selalu mempunyai tanggapan yang silap mengenai bentuk perkahwinan dalam Islam. Mereka mempunyai anggapan bahawa perkahwinan dalam Islam adalah berbentuk poligami sedangkan apabila kita benar-benar mendalami maksud ayat suci al-Quran seperti firman Allah SWT bermaksud:

“Jika kamu takut (khuatir), kalau kamu tidak akan berlaku adil terhadap perempuan yang kamu kahwini (sekiranya kamu berkahwin dua, tiga atau empat orang), maka kahwinlah seorang saja. Yang demikian itu lebih baik dan kamu tidak menganiayai sesiapa” (Surah al-Nisa’, ayat 3)

Ayat ini dengan terang menjelaskan bahawa seseorang lelaki atau suami hanya dibenarkan berpoligami sekiranya beliau mampu berlaku adil dan tidak menganiayai sesiapa. Ini adalah satu prasyarat untuk berpoligami: iaitu berkemampuan untuk berlaku adil.

Apakah yang dimaksudkan mampu berlaku adil?

Keadilan yang dituntut oleh syarak untuk suami melakukannya adalah keadilan dari segi:

* Membahagi masa;
* Kemampuan suami memberi nafkah yang secukupnya kepada isteri dan anak-anak; dan
* Kemampuan suami memberi layanan yang sama rata di kalangan isteri-isterinya (jika suami mengamalkan berpoligami).

Bagaimanapun kalau kita renungkan ayat al-Quran seperti firman Allah SWT bermaksud:

Quote:
“Kamu tidak akan sanggup berlaku adil antara perempuan-perempuan itu, meskipun kamu mencuba sedaya upaya, dengan itu janganlah sekali-kali kamu tinggalkan isteri kamu dalam keadaan tergantung”

(Surah al-Nisa’, ayat 129)
Daripada ayat diatas adalah jelas menunjukkan adalah begitu sukar bagi suami untuk berlaku adil kecuali lelaki yang benar-benar memahami tanggungjawab besar dalam berpoligami.

Dalam soal menentukan sama ada suami mampu berlaku adil atau tidak, perkara itu tidak boleh ditentukan oleh suami itu sendiri, tetapi diputuskan oleh pihak ketiga iaitu mahkamah.

Menurut seksyen 23 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, sekiranya seseorang lelaki itu hendak berpoligami beliau mestilah terlebih dulu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah.

Sekiranya suami berpoligami tanpa mendapat kebenaran daripada mahkamah Syariah, suami itu sudah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan boleh dikenakan hukuman. Antara lain adalah denda RM1,000 dan penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Di antara perkara yang mesti dinyatakan di dalam permohonan berpoligami ialah sama ada keizinan daripada isteri sudah diperoleh. Apabila mahkamah menerima permohonan daripada pihak suami untuk berpoligami mahkamah akan memanggil isteri dan suami itu untuk menentukan sama ada kebenaran berpoligami diberikan atau tidak.

Mengikut undang-undang mahkamah sepatutnya hanya akan memberi kebenaran sekiranya berpuashati bahawa perkahwinan yang bakal dijalankan adalah:

1. Perlu/adil dan munasabah atas alasan isteri yang sedia ada mempunyai beberapa kecacatan atau kekurangan (seperti tidak dapat melahirkan zuriat, tidak siuman atau tidak dapat menjalinkan hubungan kelamin).

2. Mahkamah juga akan melihat sama ada suami berkemampuan dari segi kewangan untuk menanggung lebih daripada sebuah keluarga.

3. Mahkamah akan melihat sama ada suami itu mampu memberi layanan yang adil terhadap isteri dan anak.

4. Mahkamah juga akan membuat pertimbangan sama ada perkahwinan yang bakal dijalankan boleh mendatangkan mudarat (darar syarie) kepada isteri yang sedia ada.


Sekiranya suami dapat memenuhi keempat-empat syarat itu maka mahkamah tidak ragu-ragu untuk memberi kebenaran berpoligami.

Dalam kes Aisyah Abdul Raof lawan Wan Mohd Yusof (1990) 7JH152, apabila Mahkamah Rendah Syariah membuat keputusan memberi kebenaran kepada suami untuk berpoligami atas alasan suami itu berkemampuan dari segi memberi nafkah, keputusan itu kemudian ditolak oleh Badan Rayuan apabila isteri membuat rayuan ke atas keputusan itu.

Badan Rayuan memutuskan bahawa keempat-empat syarat yang dinyatakan tadi mesti dipenuhi oleh suami sebelum mahkamah memberikan kebenaran berpoligami.

Sementara dalam kes Rajamah lawan Abdul Wahab (1990) JH 171, permohonan suami sudah ditolak oleh mahkamah kerana suami tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Apabila isteri tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah yang memberikan keizinan kepada suami untuk berpoligami isteri boleh membuat rayuan kepada Badan Rayuan.

Bagi isteri yang tidak berpuashati jika suami sudah berpoligami tanpa mendapat kebenaran daripada mahkamah, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dan suami boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang. Ini boleh dirujuk dalam kes Pendakwaraya Syarie lawan Hakim Sukirman (2008) 1 ShLR.

Mengikut seksyen 23(10) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan, isteri boleh membuat permohonan untuk pembahagian harta sepencarian dan juga permohonan untuk mendapat peruntukkan kewangan bagi pihaknya seperti nafkah.

Kesimpulannya, bagi suami yang berhasrat untuk berpoligami mereka haruslah berfikir semasak-masaknya mengenai tanggungjawab yang harus dipikul untuk menjadi nakhoda yang ingin mengemudi lebih daripada sebuah kapal. Tepuk dada tanya selera. Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Beringat sebelum kena kerana sesal kemudian tiada berguna.

Followers