Thursday, February 18, 2010

INFO : Penggunaan Elektrik Di Rumah


Electrical Knowledge: Tahukah anda??

Hi everyone!

Adakah anda tahu apa yang memberikan sumbangan pada bil elektrik bulanan anda?

Bagi mereka di Semenanjung Malaysia, TNB's tarif adalah sekitar 30 sen hingga 45 sen per kilowatt-jam (kWh), bergantung pada keperluan penggunaan.
Semakin banyak yang anda gunakan, semakin mahal tarif!

Di bawah ini adalah jadual pendek Common peralatan elektrik, dan anggaran kasar tentang berapa banyak kos untuk menjalankan untuk setiap jam.
(Kos mungkin terlihat rendah, tapi ingat, bahkan menggunakan 3 sen / jam bermakna bahawa anda akan membayar sekitar RM 20 per bulan jika anda meninggalkannya selama 24 jam sehari!)

Khasiat Bawang Putih

KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK


PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.



PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.



BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.



FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.



TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.



ARTIKEL PENUH KHASIAT BAWANG PUTIH



Kini ada cara mudah untuk dapatkan khasiat bawang putih.. tak ada bau.. senang nak makan dalam bentuk softgel. Halal pulak tu..

Jom belajar menaip...


aku sure nya ramai yg tahu menaip
tp x kena ngan teknik yg btl...
so brg siapa yg x yakin cara
menaip korang btl or x...
korang leh test kat
sini

Test Mata JAb...


jom ngetest mata anda..


brape banyak bulatan kah yg anda nampak??

mate aku dah juling itik dah nihh

Ni hah Daging Masak Merah aku...!


ni la lauk kegemaran aku...
so aku nk kongsi la dengan korang semua
resepi ni..mmg pErGh....!
sambil menjilat jari...!



utk sekilo dgg
bhn2nya :-
- dgg 1kg
- 6 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- cabai kering (ikt thp kepedasan)

*3 yg diatas haruslah dikisar*

- 2 batang serai yg ditindik
- sedikit air asam jawa
- 6 sudu besar sos cili
- 2 1/2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos tiram
- daun limau perut
- cabai melaka

cara
-*:- dgg direbus dgn pewarna merah

-*:- panaskan minyak secukup rasa,masukan 2 jenis bawang..bawang dh agak garing.,masukan cabai kering sehingga bau cabai hilang,masukan kesemua sos termasuk sos tiram n air asam,kacau hingga sebati ,masukan pula air rebusan dgg (jgn pekat n cair sgt..sederhana ja)agak2 dh skali mendidih masukan pula dgg yg dh dihiris,kacau hingga sebati..msk kan kicap secukup rasa n akhirnya msk kan daun limau perut n cabai melaka.SIAP..!



hah!! pa lagi resepi dh da...
try r ek..

Kalo ada jual kat malaysia ada org beli tak?









Agak2 korang kete2 ni kalo ada jual kat Malaysia ada org nak beli tak??

FAEDAH BER BLOG...??

Pew pendapat korang..?
kenapa org suka berblogger ek??

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-



1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

tahukah anda...???

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

kekekeke!!! OK dah pegi buat keja.......tahuka

Attention!!!! Senarai non-halal foods

SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR.. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA.. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1...00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3.MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know.......... I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

TOP URGENT........ PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

09 February 2010
Awas Maklumat Palsu Produk Tidak Halal - Satu Penganiayaan
Labels: Pengguna

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai satu email yang saya rasa dah tersebar ke jutaan kotak email .

Malah email ini telah beredar sejak tahun lalu hinggalah ke saat ini.

Ianya mengenai : "SENARAI NON-HALAL FOODS".

Tidak perlu saya siarkan apakah email itu kerana ia mudah didapati di pelbagai ruangan forum ,kotak email anda dan juga di dalam blog-blog, malah mungkin anda juga sebenarnya yang menyumbang kepada menyebarkan maklumat palsu ini.

Yang menjadi mangsa di sini ialah:

Dr Safurah Hj Jaafar ;

Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Inipun saya rasa tidak perlu saya ulas, cuma kepada anda yang berakal, dan pengecaman paling mudah ialah nombor telefon yang dipaparkan- 7 digit... dan juga jawatan beliau.

Difahamkan, penama telah membuat laporan polis mengenai email palsu ini.

"RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA IS LAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP. "

Untuk makluman anda juga, tiada siapa yang bernama sebagai Dr Rasheed Mos di Universiti Malaya.

Kepada anda yang hendak menyangkal entry ini, saya harap anda baca betul-betul, kerana ramai yang mudah melenting jika membaca perkara sebegini.

Kepada sesiapa yang telah memulakan rangkaian email ini, anda kena fikirkan apakah implikasinya, kerana ia melibatkan pelbagai pihak yang memungkinkan menjadi fitnah yang amat besar.

Sila abaikan email itu dan hentikan perbuatan ***** yang tidak membawa faedah malah boleh menjadikan anda sebagai penyebar fitnah.

Keinsafan Disebalik Tali Gantung

KEINSAFAN DISEBALIK TALI GANTUNG...
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.


Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan


Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.




APABILA RAYUAN DITOLAK


Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.


Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.


'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.




HARI PENGGANTUNGAN


Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.


' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.


Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.


' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.


Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.




BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG


Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.


Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.


'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.


Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.


'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah

//En.Samuel - pegawai penjara

Followers