Tuesday, February 23, 2010

Bangunan tertinggi dimuka bumi pada abad ke-22?



X-Seed 4000 adalah satu-satunya struktur bangunan tertinggi yang pernah difikirkan oleh manusia. Secara keseluruhannya, kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah hampir siap sepenuhnya.

Namun menurut Georges Binder, Pengarah Urusan bagi firma Building & Data, sebuah firma yang mengumpulkan data dan maklumat untuk bangunan diseluruh dunia menyatakan bahawa "X-Seed 4000 bukanlah sebuah bangunan yang dirancang untuk dibina sebaliknya ia hanya sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan untuk firma arkitek yang merekanya dan ia berhasil".

Cadangan rekabentuk bangunan ini melibatkan ketinggian 4000m dengan keluasan tapak laut selebar 6km. Mempunyai 800 tingkat yang dianggarkan boleh menampung antara 500,000 ke sejuta manusia.
Ianya direka oleh firma Taisei Corporation pada 1995 untuk bandaraya Tokyo, Jepun dimana rekabentuknya yang bersifat futuristik yang menggabungkan kehidupan Ultra-moden dengan interaksi alam semulajadi.

Tidak seperti bangunan pencakar langit konvensional yang wujud pada masa kini, X-Seed 4000 memerlukan perlindungan aktif bagi melindungi para pekerja untuk berdepan dengan perubahan tekanan udara dan cuaca disepanjang perubahan ketinggian bangunan ini. Bagi mengekalkan keadaan yang normal didalam bangunan, punca tenaga solar akan digunakan.

Rekabentuk struktur bangunan ini diilhamkam daripada bentuk gunung Fuji yang terkenal di Jepun. Namun apa yang berbeza adalah gunung Fuji adalah sebuah gunung yang tertegak diatas darat sementara X-Seed 4000 adalah struktur yang direka diatas tapak lautan. Gunung Fuji hanya berketinggian 3776m, 224m lebih rendah daripada X-Seed 4000, ianya adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada Shimizu Mega City Pyramid yang berketinggian 2004m yang menurut jangkaan akan disiapkan pada 2110 dan ini meninggalkan suatu tarikh yang berkemungkinan untuk pembinaan X-Seed 4000 mungkin pada abad yang ke-22 atau ke-23 bergantung kepada transformasi yang bakal berlaku kepada planet bumi sepertimana yang berlaku kepada Mars dan Venus.

Anggaran kos bagi membina struktur pencakar langit X-Seed 4000 ini dianggarkan antara US$300-900 billion merujuk kepada nilai mata wang dolar pada masa ini. Selain daripada X-Seed 4000 dan Shimizu Mega City Pyramid di Jepun, terdapat tiga lagi cadangan struktur mega sedemikan yang mengikut perancangan akan turut dibina iaitu Dubai City Tower(2400m) dan Nakheel Tower(1400m) di Dubai serta Bionic Tower(1128m) yang akan dibina sama ada di Hong Kong atau Shanghai. Apa yang menarik kesemuanya berada di Asia.



Water bridge...Over a river



Bila Ikan Makan Tikus...




Ikan African Pike atau nama saintifiknya, Hepsetus odoe menelan tikus hidup-hidup dalam tempoh kurang seminit. - Foto Random Good Stuff

KITA biasa mendengar kucing makan tikus. Pernahkah anda mendengar ikan makan tikus?

Ikan African (Kafue) Pike atau nama saintifiknya, Hepsetus odoe hidup di kawasan liar dan bersifat karnivor seperti ikan piranha.

Ini mungkin dapat menerangkan sifat agresifnya yang dapat diperhatikan apabila anda mencelup tikus dalam akuarium berisikan ikan African Pike itu.

Tikus itu disambar lalu ditelan dalam tempoh kurang seminit! Begitulah pantasnya pergerakan ikan ini membaham mangsa.


African (Kafue) Pike bersifat kanivor justeru boleh makan udang, daging lembu dan cacing.

Ia mampu membesar sehingga 12 inci atau lebih daripada ukuran itu. Ia juga menelan udang, daging lembu, dan cacing.

Bagi mereka yang ingin membela ikan African (Kafue) Pike, pastikan akuarium anda memiliki persekitaran yang menyamai suasana alam semulajadi.

Akuarium anda juga perlulah besar untuk membela ikan ini.

Ikan ape ntah..tp besar gile...

ntah la katanya dari SARAWAK..muskill gak..!tp mmg besar r...!

Kawan aku kasi dlm email..katanya ikan keli kt sarawak..kalu dh ada sori eh..tp mmg besar gile..

Keajaiban Kaabah Luar Biasa...





Kaabah yang terletak ditengah-tengah pusat dunia ini, merupakan misteri penciptaan khazanah alam yang paling istemewa serta tidak ternilai harganya. Ianya telah dicipta sejak ribuan tahun lamanya pun begitu, masih teguh hingga ke hari ini. Salah satu keajaiban Kaabah ialah ianya tidak akan luput ditelan masa sehinggalah datangnya hari kiamat. Kaabah mewakili arah penyembahan kepada tuhan yang esa oleh semua umat Islam di seluruh dunia iaitu sebagai kiblat yang satu. Pabila musim haji banyak orang sanggup bergadai nyawa untuk mendekati kaabah seolah-oleh membuktikan ianya cukup istimewa. Menurut cerita yang sememangnya terbukti kebenarannya, Kaabah diciptakan oleh para malaikat dan seluruh makhluk hidup di alam ini termasukah binatang seperti burung dan semut.

Memang jelas ianya bukanlah ciptaan oleh manusia sepenuhnya. Buktinya ada pada salah satu penjuru sudut Kaabah di mana terdapat sejenis batu yang wangi berasal dari syurga di bawa melalui malaikat Jibril. Itulah antara satu-satunya batu ajaib yang ada di dunia ini datangnya dari alam syurga yang pastiya tidak akan ditemui di tempat lain di alam ini. Namun misteri yang menjadi persoalannya ialah apakah yang terkandung di dalam Kaabah itu? Bagaimanakah keadaan suasana di dalam Kaabah tersebut? Mengapakah ia mesti di rahsiakan? Jika difikirkan memang ada kebaikan dan hikmah disebaliknya…

Imaginasi2 Pelik Manusia



Biasanya rekaan2 sebegini datangnya dari mimpi-mimpi.
sekadar hiburan...
bayangkan kalau betul betul muncul di kalayak kita...



Masakan manusia benafsukan binatang..

janin pun jadi hidangan untuk menanbah tenaga batin. gila kan....

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.
Attached Images


apa yg aku post ni ..
aku sendiri pon x smpi hati nk tgk..
tp aku harus post
supaya kebanyakan org mempunyai
perasaan belas kasihan..

kubur yang seksi

hurm x tau nk xplan mcm mn...!huhu




Jangan Basuh Duit RM50 ..!



Sila pastikan dompet @ duit note RM50 yg baru tidak terbasauh skali dengan pakain. Seorang jurutera di PJ,Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh dan hasilnya seperti gambar diatas. Semua duit RM50 yg baru dikeluarkan hilang termasuk no siri duit tersebut yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

Pelik .. duit baru semakin tidak berkualiti ? duit-duit lain yang terendam sekali masih elok dan tidak rosak .. kenapa duit RM50 baru tak sehabat duit2 lain ?


INFO

Jaga AirCondition Anda..




Tip-Tip Penjagaan Aircond Split Unit di rumah atau pejabat supaya lebih tahan lama dan kurang mengeluarkan kos penyelengaraan.


1) Sebelum membuat pembelian aircond baru, pastikan jenama yang dijamin ketahanannya oleh pengeluar-pegeluar aircond berkenaan. Dapatkan perkhidmatan dari juruservis yang bertauliah.Kenal pasti unit indoor dan outdoor unit berkenaan. Supaya anda tidak terkeliru.

2) Gunakan House Power yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda. Cara mengukur keluasan bilik (panjang x lebar x (tinggi x 10) = BTU ) 10,000 Btu bersamaan 1HP , ( contoh 10 x 10 x (9 x 10) = 10 x 10 x 90 = 9,000Btu keperluan hp untuk bilik berukuran ini ialah 1hp keupayaan compressor 9,000BTU

3) Setelah suis utama dihidupkan tekan butang alat kawalan jauh, setkan suhu kepada 24-25 deg C , biarkan udara bilik sejuk terlebih dahulu, sebelum turunkan suhu ketahap yang lebih dingin, pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup rapat.

4) Cuci Air filter dengan dengan air, cara membuka Air Filter boleh didapati dalam buku log manual yang disediakan pengeluar. Cuci sekurang-kurangnya 3 minggu sekali atau selewat-lewatnya sebulan sekali.

5) Cuci coil bahagian luar Outdoor dengan air sekurang-kurangnya sebulan sekali. Halakan hos paip dibahagian coil out door yang kelihatan, dengan memancutkan air seberapa ketika sehingga segala kotoran terhakis. Pastikan air tidak terkena bahagian motor kipas.

6) Jika suction paip bahagian luar kelihatan seperti frizzing (membeku) periksa blower indoor samaada motor blower indoor berfugsi atau tidak. Periksa Air Filter samaada tersumbat. Jika Indoor berkeadaan baik, berkemungkinan unit mengalami kebocoran gas, hubungi juruservis.

7) Jangan biarkan aircond anda On 24jam kerana ini akan membebankan aircond anda. Setiap lapan jam waktu beroperasi rehatkan sekurang-kurangnya selama 2-3jam.

8) Jangan biarkan pintu bilik atau tingkap terbuka semasa anda mengunakan aircond, kerana suhu bilik tidak akan turun jika tingkap dan pintu terbuka, ia akan membeban compressor bahagian outdoor untuk mendapatkan suhu yang anda tetapkan.

9) Vacuum hujung hos drain paip dengan mengunakan wet vacuum jika indoor unit anda mengalami kebocoran air. Jika masalah berteruskan hubungi juruservis.

Perut punca segala penyakit




Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

Panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit



SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Pernah Tersilap Hantar SMS?

Aku mmg pernah..dh byk kali tp nasib baik r
x da adegan kontoi2 ni...
tp ada gak yg jenis buat2 tersilap hntr..
mcm yg aku baru kena dlm 2 3 hari sudah..
mula2 buat tersilap hntr msg la..
pastu jumpa no dlm hp yg baru beli la
last2 nk berkenalan..terus aku x lyn
x sangka aku
da lagi taktik mcm ni..itu lah yg dikata dunia..
MACAM-MACAM ADA..!
aku slalu gak dgr yg member aku kantoi hntq msg..
al-maklum la pasang byk sgt...
so pa pendapat korang semua..!
byk ka org yg slalu tersilap send sMs..?

Tips Kejutkan orang bersahur



Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah
time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara
caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan
lahan...

2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil
panggil nama dia...

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...

5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada respon jgak buwat camnih...

1. jerit nama dia kuat kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi gempabumi!
tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli
sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

still gak tak ada respon buwat camnih...

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia
byk kali...

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin....


tapi kalau still tak ada respon jgak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih
menyayanginya. ...

Pejabat google








Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan.. Bersama ruang urutan yang eksklusif. Pergh… kasi buat spa ke facial ke, mesti mantap lagi.





Privasi — Google menyediakan ‘gondola khas’ untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.




Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di pelbagai kawasan. Senang untuk pekerja berlibur dan lepaskan stress mereka. Yang penting, mereka bekerja dalam suasana happy. Bila hati gembira dan dada lapang tanpa masalah, segala kerja akan disempurnakan~




Papan putih (whiteboard) ada hampir di’mana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, kata salah seorang pegawai pengurusan Google.



Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu. Pergh, kalau letak ps3 ni lagi best~ buat pawagam pun okay, sambil kerja, sambil tengok wayang~



Makanan semuanya free. Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari. Tapi diorang ni tak tamak sebab nampak saiz tubuh mereka semuanya kurus-kurus belaka. Kalau lah kita kat Malaysia ni, mesti habis semua pulun sampai buncit perut~



Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah lebih cepat & menyeronokkan. Ada juga yang berbentuk terus seperti di Balai Bomba. Macam taman permainan la pulak. Kenapa tak letak roller coaster sekali, barulah mantop~!




Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi & cahaya

p/s ;aku pon nk keja klu mcm ni...hheheheh


mcm mn ni ek...?

Pencuci pakayan ajaib




mencuci cara baru tampa serebuk pencuci




harga berpatutan cuma RM 120 SAHAJA

Followers