Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan.. Bersama ruang urutan yang eksklusif. Pergh… kasi buat spa ke facial ke, mesti mantap lagi.
Privasi — Google menyediakan ‘gondola khas’ untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.
Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di pelbagai kawasan. Senang untuk pekerja berlibur dan lepaskan stress mereka. Yang penting, mereka bekerja dalam suasana happy. Bila hati gembira dan dada lapang tanpa masalah, segala kerja akan disempurnakan~
Papan putih (whiteboard) ada hampir di’mana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, kata salah seorang pegawai pengurusan Google.
Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu. Pergh, kalau letak ps3 ni lagi best~ buat pawagam pun okay, sambil kerja, sambil tengok wayang~
Makanan semuanya free. Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari. Tapi diorang ni tak tamak sebab nampak saiz tubuh mereka semuanya kurus-kurus belaka. Kalau lah kita kat Malaysia ni, mesti habis semua pulun sampai buncit perut~
Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah lebih cepat & menyeronokkan. Ada juga yang berbentuk terus seperti di Balai Bomba. Macam taman permainan la pulak. Kenapa tak letak roller coaster sekali, barulah mantop~!
Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi & cahaya
p/s ;aku pon nk keja klu mcm ni...hheheheh
No comments:
Post a Comment