Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.
Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.
Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).
Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.
Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.
No comments:
Post a Comment