Saturday, April 10, 2010

Kenapa sekarang kita mudah diserang penyakit?

Cuba Fikirkan...

Setiap masa, u bernafas...
Udara yg u hirup bersih atau bercampur dgn asap rokok,kilang,kenderaan?
tau x bila udara kotor ni kita hirup ,udara yg kotor ni akan menyebabkan badan kita mengumpul asid..
tau tak air paip yang kita minum sudah dicemar karat yg membawa kpd air bertoksik(asid)..
makanan yang kita makan sekarang pula,
sayur disembur =dimasak= makanan berasid
ayam injection =dimasak= makanan berasid

Kalau da semua dalam kehidupan kita berasid ,mana x umor 20-30 tahun badan da bengkok...
sakit itulah,sakit inilah
DULU MANE ADE... ORANG SAKIT BIASANYA UMOR 50 KE ATAS..TP SEKARANG???

selama u hidup,agak2 berapa byk asid dah berkumpul dlm badan u???
so nak buang asid dalam badan ni camner?? suh doktor cucuk keluar asid??

Kajian mendapati, badan yang tinggi kandungan asid akan menjadi pusat pembiakan bagi pelbagai jenis penyakit...
*JANTUNG
*BUAH PINGGANG
*SAKIT KEPALA/MIGRAIN
*CEPAT MENGANTUK
*DARAH TINGGI
*KENCING MANIS
*GOUT
*KERABUNAN/KATARAK
*SEMBELIT
DAN LAIN2 LAGI...

So bayangkan apa akan jadi pada kita,anak2 dan keluarga dalam jangkamasa 5Tahun dari sekarang!!!!

Ganas Betul Peragut sekarang.....


TURUTAN gambar menunjukkan Mary Rose Joseph, 63, melalui detik cemas apabila dikejar peragut. Mangsa kemudian nekad memanjat pagar rumah jirannya dan diikuti peragut bersenjata parang sehingga ke halaman rumah sebelum meragut rantai emas.


KUALA LUMPUR: Usaha seorang suri rumah menyelamatkan diri daripada peragut dengan memanjat pagar rumah jirannya sambil menjerit meminta tolong tidak dapat mengelakkannya daripada menjadi mangsa ragut.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, Mary Rose Joseph, 63, dikejar dua peragut bermotosikal, termasuk seorang bersenjata parang yang turut memanjat pagar untuk meragut rantai leher mangsa.

Kejadian di Taman Mastiara, Jalan Ipoh di sini, berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu yang turut disiarkan Buletin Utama TV3, malam tadi.
“Dia (peragut) turut memanjat pagar (rumah jiran) mengejar saya. Saya meminta tidak dicederakan kerana terlalu takut melihat parang di tangannya.

“Saya ditolak hingga terjatuh di bawah ampaian sebelum rantai emas saya diragut.

“Peragut terbabit hanya melarikan diri sebaik melihat seorang jiran yang terdengar jeritan saya keluar dari rumah,” katanya.

Mary Rose bersyukur kerana tidak dicederakan dua penjenayah terbabit, namun masih trauma dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila menonton semula CCTV.
“Pengalaman ini cukup menakutkan kerana peragut bersenjata tidak lagi melakukan jenayah di jalanan, malah sudah berani mengejar mangsa hingga ke rumah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jinjang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang meneliti laporan mangsa, termasuk rakaman CCTV berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek berusia antara 21 dan 22 tahun yang dipercayai warga tempatan.

Bagaimanapun, beliau menafikan kawasan terbabit adalah kawasan panas kerana jarang berlaku jenayah.

Followers