Wednesday, September 22, 2010

Merawat DIABETES Dengan Cara Ayurveda

PENGENALAN


Photobucket


Photobucket


Photobucket




Diabetis ialah gangguan metabolisme yang kronik dimana terdapat paras gula terlalu tinggi di dalam darah dan air kencing. Ianya berlaku apabila badan anda menyerang dan memusnahkan sel beta di dalam pankreas yang menghasilkan insulin atau badan anda tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan oleh badan dengan sempurna.

GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI

1. Ada ahli keluarga yang menghidap diabetis
2. Berat badan berlebihan
3. Berumur 65 tahun ke atas
4. Tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi
5. Wanita yang mengalami keguguran yang tidak jelas, kematian bayi sewaktu lahir atau bayi yang beratnya 9 paun atau lebih.

TANDA-TANDA BIASA BAGI PESAKIT DIABETIS

Apabila glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan, ianya berkumpul di dalam darah dan mula kelihatan di dalam air kencing. Pesakit diabetis mudah dan kerap membuang air kecil disebabkan glukosa di dalam air kencing menyerap air lebih banyak daripada biasa. Ini mendorong kepada putaran - kekerapan membuang air kecil dan kehilangan banyak air di dalam badan dan ini akan menyebabkan dahaga yang berlebihan. Sel badan akan kebuluran akibat glukosa tidak dapat masuk ke dalam badan dan ini akan meningkatkan selera makan. Dalam keadaan yang terdesak untuk mendapatkan tenaga, sel badan yang memerlukan glukosa itu menggunakan lemak dan protin. Ini merupakan punca kehilangan berat badan dan keletihan. Apabila paras glukosa sangat tinggi, sesetengah orang akan mudah marah dan boleh membawa kepada pengsan dan koma. Tambahanpula, penghidap diabetis mempunyai risiko yang besar terhadap jangkitan dan masalah kulit.

Walau bagaimanapun, tidak semua penghidap diabetis menunjukkan tanda-tanda tersebut. Antara tanda-tanda yang biasa ialah keletihan. Penyakit ini bisasanya ditemui semasa pemeriksaan rutin atau apabila seseorang pesakit mengalami kerumitan seperti masalah sakit jantung, strok, luka yang tidak sembuh, tekanan darah tinggi, disfungsi buah pinggang, dan sebagainya. Penglihatan yang kabur, rasa kebas dan menggelenyar di dalam kaki, betis dan tangan serta sering terdedah kepada jangkitan gusi, faraj atau pundi adalah antara tanda-tanda yang lain.


KERUMITAN

Diabetis juga mempunyai kerumitan serius jangka panjang. Seperti:-

1. Penyakit jantung
2. Strok
3. Kerosakan saraf
4. Kerosakan Hati
5. Buta
6. Penyakit buah pinggang
7. Luka akibat jangkitan yang dipotong

SEMBUH DENGAN CARA TRADISIONAL

Tiada terdapat rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit diabetis dalam perubatan barat. Pesakit yang mengalami diabetis perlu mendapat rawatan sepanjang hayat mereka. Kebanyakan pesakit perlu meningkatkan sukatan ubat dari masa ke semasa dan kesudahannya mereka terpaksa juga mengambil insulin. Oleh sebab itu, pesakit diabetis terpaksa menanggung kesakitan dan hidup yang penuh kesukaran sepanjang hayat. Tambahan pula, kos perbelanjaan rawatan seumur hidup adalah sangat tinggi.

Menurut sistem perubatan Ayurvedic. DIABETIS BOLEH DISEMBUHKAN. COGENT db telah diuji dan terbukti berkesan menyembuhkan penyakit diabetis. Ubat ini telahpun giat diuji (selama lebih 11 tahun) dan keputusan kajian membuktikan COGENT db adalah satu-satunya penawar bagi penyakit diabetis.

Photobucket

COGENT db ialah ubat semulajadi daripada pati herba yang telah diuji secara klinikal dan didapati tidak langsung mempunyai sebarang reaksi yang negatif mahupun kesan sampingan.

BAHAN-BAHAN

COGENT db mengandungi 9 herba seperti azidiracta indica (neem), phyllanthus emblica (Indian gooseberry), terminalia bellerica (belleric myrobalan), terminalia chebula (gallnut), tribulus terrestris (small caltrops), trigonella foenum graecum (fengreek), curcuma longa (tumeric), syzygium cumini (black plum) dan rotula aquatica. Herba-herba ini telah digunakan di dalam sistem perubatan Ayurvedic selama lebih dari 3,000 tahun dan terbukti keberkesanan serta selamat.


SUKATAN

Dewasa : 2 biji pil COGENT db dua kali sehari selepas makan.

Kanak-kanak (dibawah 12 tahun) : 1 biji pil COGENTdb dua kali sehari selepas makan

Pencegahan atau sukatan penjagaan : 1 biji pil COGENT db dua kali sehari selepas makan.
COGENT db harus diambil selepas makan, satu jam selepas mengambil ubat allopathik yang telah ditentukan oleh doktor.

Apabila seseorang pesakit diabetis mengalami sakit. Semua ubat mesti diambil seperti biasa dan pesakit harus terus mematuhi diet diabetis.

TEMPOH RAWATAN

Tempoh rawatan bergantung kepada teruknya kerosakan yang dialami oleh fungsi pankreas. Pada amnya, pesakit diabetis yang mengambil ubat allopathik harus mengambil COGENTdb untuk jangka masa enam bulan hingga setahun. Bagi pesakit yang mengambil insulin harus mengambil COGENTdb untuk jangka masa satu atau dua tahun.

Ianya berkesan terhadap kesejahteraan badan keseluruhannya, mengurangkan keletihan, membantu dalam masalah neuropathik, seperti membawa kelegaan kepada kesakitan, rasa kebas dan menggelenyar di dalam kaki atau tangan dan sebagainya adalah tanda-tanda awal keberkesanannya selepas dua bulan pertama mengambil COGENT db.

CARA PENGAMBILAN

AMAT PENTING: JANGAN hentikan sebarang pengambilan ubat allopathik atau rawatan, kecuali dengan cadangan daripada doktor anda.

JADUAL - 1
UNTUK PESAKIT YANG MENGAMBIL PIL ANTI DIABETIS

Langkah - 1 Periksa tahap gula darah anda secara rambang selepas makan dan catatkan. Mula mengambil 2 biji pil Cogent db 3 kali sehari + ubat allopathik anti-diabetis anda, beserta dengan diet/senaman yang ketat.
Langkah - 2 Selepas 30 hari periksa tahap gula darah anda secara rambang sekali lagi. Jika ianya di bawah bacaan 8.3 millimoles/L, berbincanglah dan minta nasihat doktor anda bagi mengurangkan sukatan ubat allopathik anti-diabetis anda. Jika ianya melebihi tahap 8.3 millimoles/L, sila sambung pengambilan ubat allopathik and untuk sebulan lagi. Periksa tahap gula darah and secara rambang setiap bulan. Dalam masa sebulan jika bacaan gula darah anda dibawah 8.3 millimoles/L berbincanglah dan minta nasihat doktor anda bagi mengurangkan sukatan pengambilan ubat allopathik anda.
Langkan - 3 Teruskan mengambil 2 biji pil Cogent db 3 kali sehari + ubat allopathik anti-diabetis anda yang telah dikurangkan dan ditentukan sukatannya oleh doktor beserta dengan diet/senaman yang ketat.
Langkah - 4 Selepas bulan berikutnya, periksa bacaan gula darah anda secara rambang sekali lagi. Jika ianya berkurangan, berbincanglah selanjutnya dengan doktor anda untuk terus mengurangkan sukatan ubat barat/pil anti-diabetis anda.
Langkah - 5 Teruskan mengambil 2 biji pil Cogent db 3 kali sehari + ubat allopathik anti-diabetis and yang telah dikurangkan dan ditentukan sukatannya oleh doktor beserta dengan diet/senaman yang ketat.
Langkah - 6 Teruskan mengikut edaran perubatan, pemereksaan bulanan dan diet/senaman yang ketat sehingga doktor berperingkat-peringkat mengurangkan pengambilah ubat allopathik anti-diabetis anda sehingga ianya tidak perlu lagi diambil keseluruhannya.
Langkah - 7 Teruskan mengambil 2 biji pil Cogent db 3 kali sehari, sehingga doktor mengesahkan yang anda adalah normal. Contoh bacaan gula darah anda secara rambang adalah stabil diparas 8.3 millimoles/L atau kurang.

JADUAL 2
UNTUK PESAKIT YANG MENGAMBIL INSULIN

Langkah - 1 Periksa tahap gula darah anda secara rambang selapas makan dan catatkan. Mulakan mengambil 2 biji pil Cogent db 3 kali sehari berserta dengan suntikan insulin biasa dan diet/senaman yang ketat.
Langkah - 2 Selepas 2 hari, periksa tahap gula darah anda secara rambang sekali lagi. Jika ianya dibawah bacaan 8.3 millimoles/L berbincanglah dan minta nasihat doktor anda bagi mengurangkan sukatan insulin anda. Jika ianya melebihi 8.3 millimoles/L, sila sambung pengambilan insulin anda.
Langkah - 3 Teruskan mengikut edaran perubatan, buat pemeriksaan setiap 2 minggu sekali dan diet/senaman yang ketat sehingga doktor berperingkat-peringkat mengurangkan pengambilan insulin anda sehingga ianya tidak perlu lagi diambil keseluruhannya.
Langkah - 4 Teruskan mengambil 2 biji pil Cogent db 3 kali sehari sehingga doktor mengesahkan yang anda adalah normal. Contoh tahap gula darah anda secara rambang adalah stabil diparas 8.3 millimoles/L atau kurang.

JADUAL 3
UNTUK PESAKIT YANG MENGAMBIL PIL & INSULIN

Langkah - 1 Kurangkan pengambilan ubat allopathik anti-diabetis anda secara berperingkat-peringkat mengikut jadual -1, sehingga ianya tidak perlu lagi diambil keseluruhannya. Kekalkan sukatan pengambilan Cogent db dan insulin di dalam tempoh ini.
Langkah - 2 Kurangkan pengambilan insulin secara berperingkat-peringkat mengikut jadual -2, sehingga ianya tidak perlu lagi diambil keseluruhannya.
Langkah - 3 Teruskan mengambil 2 biji pil Cogent db 3 kali sehari, sehingga doktor mengesahkan yang anda adalah normal. Contoh tahap gula darah anda secara rambang adalah stabil di paras 8.3 millimoles/L atau kurang.

PANDUAN ISTIMEWA

Makanan yang segar adalah cadangan yang baik bagi pesakit diabetis. Diet yang ideal bagi pesakit diabetis adalah yang mengandungi banyak sayur-sayuran dan bijian. Pengambilah sederhana keatas susu tanpa lemak dan produk yang berasaskan susu, daging putih, ikan and sedikit buah-buahan.

Perkara yang paling penting dalam diet bagi pesakit diabetis ialah pengawalan ke atas jumlah makanan- makan dengan jumlah yang berpatutan dengan aktiviti harian anda dan jauhi lemak berlebihan.

Senaman merupakan perkara yang penting bagi menjamin kesihatan untuk mengawal diabetis. Satu program senaman haruslah di bentuk melalui bimbingan dan dirangka oleh doktor serta dilakukan secara tetap. Senaman yang berlebihan tidak diperlukan. Bagaimanapun senaman tidak dibenarkan apabila gula darah anda terlalu tinggi.

KAJIAN KLINIKAL

Dengan nasihat daripada Indian Concil of Medical Research yang bertempat di New Delhi, COGENT db telahpun diuji dengan giatnya di Amala Research Centre dibawah pengawasan Dr. Ramadasan Kuttan. Dr. Kuttan ialah seorang pengarah di Amala, beliau berkhidmat di Hospital M.V. Anderson di New York dan telahpun menerbitkan lebih daripada 80 kertas kajian antarabangsa.

Antara kajian klinikal yang dijalankan di Amala Research Centre, membuktikan COGENT db berjaya menghasilkan gula darah yang rendah dalam tempoh masa tertentu dan kekal ditahap tersebut walaupun telah berhenti mengambil pil (COGENT db).

Kajian juga menunjukkan bahawa COGENTdb membantu membaiki fungsi hati dan buah pinggang pada pesakit diabetis dan tiada unsur-unsur toksin.

Kajian serupa juga sedang dijalankan di Mayo Clinic di United States, pusat terkemuka di dunia bagi kajian diabetis dijalankan, Monash University di Australia dan di Thiruvananthapuram Medical College.

Endocrinologist, Professor R. V. Jayakumar dari Thiruvananthapuram Medical Centre berkata ubat herba (COGENT db) ada mengandungi ciri-ciri anti-diabetis dan mampu untuk membaiki sel beta pankreas yang rosak. Sel ini bertanggungjawab menghasilkan insulin.


KAJIAN KLINIKAL DI MALAYSIA

Di Malaysia sendiri satu Kajian telah dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menguji tahap keselamatan dan keberkesanan Cogent db.Keputusan kajian tersebut telah diterbitkan dan dibentangkan oleh kumpulan pengkaji di Persidangan Persatuan Farmakologi dan Fisiologi Malaysia kali ke-16, pada Jun 2001 Di Kuala Lumpur. Kertas Kerja ini juga telah diterbitkan di dalam "Journal of Alternative and Complementary Medicine" Edisi 8, halaman 4, (pp.445-457)


Harga 1 Set = RM139.60
4 kotak
1 kotak 30 biji

Followers