Wednesday, March 31, 2010

Mana nk cari toilet tab mcm ni


kat mn nk cari ek?

Khidmat Mengedar Flyers

haqi1611 menjalankan perniagaan mengedarkan flyers/risalah disekitar PULAU PINANG
Operasi berpengkalan di PULAU PINANG sedia berkhidmat utk membantu dlm penyebaran maklumat melalui flyers ke kawasan yg tuan / puan ingini dengan harga yg berpatutan...

Disini disertakan basis rate sebagai rujukan. Segala rate yg diberikan adalah bergantung kepada
1. UNIT flyers yg ingin diedarkan
2. KAWASAN mana hendak diedar
3. TARIKH bila utk dibuat pengedaran
4. METHOD apa yg hendak digunakan (mailbox, door to door, car w/screen, hand to hand etc)

Unit RM/Unit
below 1000 pcs 12 sen
1000 - 3000 pcs 8 sen
3001- 6000 pcs 6 sen
6001 - 10000 pcs 5 sen
10001 - 30000 pcs 4 sen
30001 pcs and above 3 sen (negotiable )

Hubungi kami utk maklumat lanjut

0125838652/0135850377 - SYAFIQAH

email

haqi_167@yahoo.com

Terma & Syarat

Pengedaran & Tempoh Pengedaran - (1) sehari minimum 8,000 - 10,000 unit boleh diedarkan bergantung kepada lokasi serta keadaan cuaca.

Medium Pengedaran - Peti Surat Rumah / Apartment (Door-to-door)/ Kedai / Bangunan Pejabat, Cermin Kereta, hand-to-hand (biasanya dikawasan tumpuan seperti LRT, Komuter)

Masa Pengedaran - setiap pelanggan dinasihatkan menyerahkan flyers / risalah 2 hari sebelum pengedaran dapat dibuat. Kebiasaan nya kami membuat pengedaran pada hujung minggu tetapi kami juga ada membuat pengedaran dari hari Isnin hingga Jumaat (bergantung kepada kehendak pelanggan). Setiap pengesahan pengedaran, pihak kami akan menghubungi / SMS kepada pelanggan akan tarikh & masa pengedaran akan dibuat. Pihak kami juga akan memaklumkan secara terperinci lokasi pengedaran dimasa pengedaran dibuat kepada pelanggan utnuk memudahkan pihak pelanggan melakukan pemantauan.

Penyemakan - Untuk mengelakkan segala kesulitan serta ketidakpuasanhati pelanggan, pihak kami menyarankan agar pihak pelanggan dapat membuat pemantauan sendiri dikawasan yang kami telah maklumkan pada masa pengedaran ataupun selewat2nya dalam tempoh 24jam. Segala kesulitan yang berlaku lebih dari jangkamasa tersebut adalah diluar bidang kuasa pihak kami. Pihak kami juga melakukan pemantauan dari masa kesemasa di atas kerja2 yang dilakukan oleh pekerja-pekerja kami.

Pembayaran - Pihak kami hanya menerima pembayaran penuh semasa flyers / risalah diambil daripada pelanggan. Jikalau pihak pelanggan membayar secara cek, flyers / risalah hanya akan diedarkan dlm tempoh 2 hari selepas cek 'clear'.

Promosi

untuk 2 tempahan yg pertama

1,000 unit kebawah hanya 6 sen
(harga biasa 12sen)

seluar panjang

ni baru betul seluar panjang

"aku wanita biasa"



Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Siti Lancar Produk Kecantikan SimplySiti




Buat julung kalinya, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza melancarkan rangkaian produk kecantikannya, SimplySiti di Hotel Mandarin Oriental, di sini, semalam.

Dengan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...', rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.

Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only .



“Alhamdulillah,setelah dua tahun saya membuat analisis dengan bantuan AC Nielsen,akhirnya ia berjaya dihasilkan dan dipasarkan.

“Memang sudah lama saya ingin menghasilkan produk kecantikan sendiri,kini ia menjadi kenyataan.

“Berkat pengalaman menggunakan banyak produk kecantikan dan berjumpa dengan ramai mekap artis, akhirnya terhasillah SimplySiti, katanya ketika majlis pelancaran itu.

Menariknya,Siti bukan sahaja menghasil dan menjual produk-produk itu malah turut menggunakannya.

“Saya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencuba produk saya terutama krim Simply 5 yang lebih memudahkan rutin harian. Beberapa kali saya menukar formula untuk menyesuaikan tekstur muka dengan cuaca di Malaysia.

“Ia memberikan lima elemen penting rawatan muka seperti melembapkan, merawat (mencerah, melawan penuaan atau anti-jerawat), perlindungan UV (SPF 20, PA++), dan bedak asas (cecair) dalam satu langkah.

“Yang penting,produk-produk saya halal dan boleh memudahkan wanita Islam untuk menunaikan solat, jelasnya lagi.

Menurutnya, jenama SimplySiti digunakan kerana mencerminkan gaya hidupnya yang praktikal,mudah tapi sentiasa menawan.

Siti berkata, walaupun kumpulan sasaran asal adalah kaum wanita, namun tidak salah jika golongan lelaki hendak mencuba produk penjagaan kulit itu sekiranya sesuai dengan mereka.

Konsep jenama SimplySiti adalah khusus untuk memberikan wanita masakini pada setiap peringkat usia satu penyelesaian untuk kelihatan menawan dalam masa yang singkat dan pada harga berpatutan.

Produk keluaran SimplySiti Sdn Bhd yang dirumus secara saintifik dan telah terbukti secara klinikal itu telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan di Korea menggunakan teknologi nano.

Ini bermaksud bahan aktif dalam produk ini lebih cepat diserap ke dalam kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, sihat dan berseri.

Produk SimplySiti boleh didapati di hampir 200 buah kedai Watson seluruh negara termasuk beberapa kiosk yang akan dibuka di JB Sentral, Johor Baru pada April ini.


p/s: rupa2nye yg iklan nas ahmad terjah siti tuh inilah dier...

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Kritikal




KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi disahkan berada di wad hospital kerana dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, sakit yang dihidapi penyampai radio ERA FM ini masih belum dikenal pasti memandangkan beliau masih dalam kawalan doktor.

Mengesahkan keadaan sebenar Din Beramboi, Pengurus ERA FM, Nazri Noran berkata setakat ini pihak mereka masih belum mengetahui punca sakit itu secara teknikal.

"Semalam saya pergi melawatnya. Memang benar, Din dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Sehingga kini, Din masih dalam kawalan ketat doktor.

"Bagi menjawab apa sakitnya, terus-terang, saya sendiri masih belum pasti apa sakitnya. Doktor sedang memeriksa sakitnya dengan lebih terinci. Doktor sendiri tidak tahu apa sakit yang dialaminya. Insya-Allah, kami akan update keadaan Din beramboi dari masa ke masa," ujar Nazri.

Meneruskan bicara, Nazri menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Din Beramboi dalam keadaan kecemasan yang mana sebelum ini pengacara program Mandi di Astro Warna tidak pernah sekali pun mengambil cuti sakit dan sanggup hadir ke konti walaupun dalam keadaan sakit.

"Ketika bersiaran bersama Aznil pagi Rabu lalu (24 Mac 2010), Din ada mengadu kepada saya bahawa badannya terasa sakit. Kemudian, keesokannya harinya (Khamis), Din memberitahu saya dengan menghantar SMS mengatakan dia tidak boleh tidur dan demam.

"Din turut mengadu badannya tidak larat memandangkan isterinya juga demam. Akibat keadaannya yang makin serius, pagi semalam (31 Mac 2010) Din terus pergi ke hospital dan terus ditahan dalam wad.

"Sekarang, kami cuma berharap dan doakan agar Din cepat sembuh. Insya-Allah, kami akan cuba membantu keluarganya setakat yang kami mampu. Diharap semua peminat Din turut sama mendoakan yang terbaik buat dirinya," jelasnya.

Sementara itu, murai.com.my difahamkan doktor terpaksa menidurkan Din akibat keadaan beliau yang sudah 3 malam tidak dapat melelapkan mata. Oleh itu, pihak keluarga Din tidak membenarkan sesiapun melawatnya memandangkan dia sedang dikawal rapi oleh doktor dan perlukan rehat yang secukupnya.
kredit to http://www.murai.com.my

Ika AF suka-suka tindik di lidah


Gambar Ika (pelajar Akademi Fantasia 6) yang menunjukkan dia memakai piercing (bertindik) di lidahnya kini sudah tersebar luas di internet dan diakui oleh Ika sendiri. Lazimnya apabila ada foto seperti itu, ia menggambarkan budaya negatif diamalkan seseorang itu. jadi, apabila Ika pakai piercing di lidah, dia pasti terkena tempias - dengan anggapan artis yang gemar bersosial dan terjebak aktiviti tidak sihat!




Memang itu gambar Ika, tak dinafikan Ika melakukan piercing di lidah awal tahun ini. Ika sengaja buat sebab saja suka-suka! Sekarang ni dah jadi trend muda-mudi - pakai piercing. Memang Ika tahu masyarakat memandang seorang orang yang pakai piercing. Mak dan ayah Ika di kampung pun bising, tapi disebabkan Ika tak buat salah apa-apa, Ika terus memakainya (piercing) sampai sekarang.



Pun begitu, untuk mengelakkan kontroversi, apabila Ika menyanyi dan berlakon, Ika buka piercing. Tapi, apabila bersama kawan-kawan, Ika pakai semula. Ika harap peminat tidak berfikiran negatif apabila melihat foto Ika dengan piercing di lidah,” katanya berkali-kali memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memakai piercing

Saturday, March 27, 2010

Perjalanan selepas mati



Sharing is caring..



Sebarang komen n penambahan dipersilakan.. agar sama2 kita beroleh manfaat..

Friday, March 26, 2010

Jaclyn Victor - Bertamu Dikalbu

Bertamu di Kalbu – Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkanKata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu








aku suka tul ngan lagu ni

Baru Je Masuk AF8, Dah Kuar PiX Panas Farina (Janda Anak 1)







Kawan MM memang cukup admirer dengan Farina. Katanya ‘N’ / re-ann(nama panggilan Farina di kalangan kawan-kawan), memang mempunyai suara yang cukup merdu dan energi yang tinggi ketika menyanyi diatas pentas.Ala-ala Diva negara Anita Sarawak gitu~. MM garu kepala, hai sejak bila agaknya Farina pandai menyanyi nie wei, kan dulu dia kerja kat ShellMDS Sdn. Bhd.

Hampeh! Menurut empunya cerita, Farina bukannya bekerja kat Shells seperti yang diclaimnya sebelum ini, tapi merupakan top singer kat salah sebuah pub terkemuka di negeri kelahirannya. Kalau tak silap MM “Wave Everly” Pub. Betul tak betul MMtak tahu, tapi setahu MM she already buat pengakuan yang bidang seni merupakan sebahagian daripada dirinya kat blog Murai.com.my sebelum ini. Padanlah dengan cerita member MM tue kan.. But yang MM rasa pelik kenapa perlu malu dan merahsiakannya daripada pengetahuan peminat??Takut peminat tahu belang sebenar you ke??. Seingat MM ada jugak bekas pelajar senior yang tanpa segan silu mengaku pernah menyanyi dikelab malam sebelum nie tapi still maintain tip-top. Tak payah risaulah kawan, peminat sekarang dah cukup matang untuk menerima artis. Yang penting you jujur dengan peminat dan diri sendiri.. Hai kalau dah keluar cerita macam nie, cuba tanya diri sendiri layakkah you pegang title Juara AF??.













kredit kepada beautifulnara dan .cari.com.my

Monday, March 22, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia (BETUL KA??)


aku br ja dpt berita ni dr Budiey, n aku pun x sure sgt ttg kesahihan cita ni...penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.

Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.

Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin dengan Irfin Abdul Manan.

Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili.

Al-Fatihah

Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penyanyi sambilan
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni : • Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
• Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
• Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
• Menyertai koir sekolah.
• Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
• Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
• Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
• Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
• Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.
Tags: Berita, Yanie, berita yanie, juara mentor, lagu yanie, yani meninggal, yanie mentor meninggal dunia


AL FATIHAH....

Sunday, March 21, 2010

Gambar Pertunangan Kevin Zahri Dan Rio Elani








Bak kata pepatah, sama cantik sama padan!

Bagaikan pinang dibelah dua ..Begitulah yang dapat digambar kepada

pasangan sejoli ini iaitu Kevin Zahri Dan Rio Elani

Friday, March 19, 2010

Hari Jumaat...adakah kebetulan.....?



Semuanya pada Hari Jumaat

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA : Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Untuk renungan kita bersama....

Wednesday, March 17, 2010

Lee Chong Wei Pakai Kereta Nissan GTR






apapun, tahniah aku ucapkan kat Dato' Lee Chong Wei kerana memenangi All England baru-baru ni.. dan juga tahniah kerana pakai kereta baru..

INAI BERUKIR DI TANGAN DI LAKNAT ALLAH

Thursday, March 11, 2010

Zigaz - Hidupmu Hidupku




Zigaz - Hidupmu Hidupku

bening matamu
pancarkan kesedihan
tak pernah terlihat
selama ini

senyum pedihmu
lukiskan air matamu
perihnya hatimu
menyentuh batinku

reff:
sungguh mati aku tidak
bisa meninggalkan dia
walaupun kau dekap aku
ampun aku bila kini
yang terkuak hanya perih
yang mungkin kan menghantui
hidupmu hidupku

detak jantungmu
tegaskan perih hatimu
dan perih hatiku
hidupmu, hidupmu hidupku

Wednesday, March 10, 2010

Friday, March 5, 2010

Petua elak habuk melekat kat skrin TV

Kalau habuk banyak melekat kat skrin TV, TV akan nampak pudar dan gambar jadi tak clear.

Untuk mengatasi masalah ini, senang saja.

1- Ambil secebuk air
2- Campurkan ‘RINSE‘ shampoo ke dalam air tadi
3- Ambil kain yang lembut, celupkan dalam campuran air + rinse
4- Lapkan skrin TV anda dengan kain tersebut
5- Biarkan skrin TV anda kering

Dengan cara ini, skrin TV anda akan jadi bersih (macam baru beli jer gitu) dan habuk pun sukar untuk melekat.

Kini anda bolehlah menonton TV anda dengan lebih jelas dan cantik lagi.

* Selain skrin TV, petua ini boleh digunakan pada mana2 skrin (skrin komputer, cermin kereta etc)

Bersihkan buah pinggang anda kurang dari RM3.00



Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit parsli dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).

Tahukah anda apa itu daun parsli?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.


Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk. Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan. Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Apa Maksud Larangan Ini...



Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban.


Mengapakah papantanda ini diletakkan di pintu masuk wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban ini?

Sebenarnya, papantada ini dengan jelas, kedatangan mereka yang menceburi bidang insuran dan kematian, sangat tidak dialu-alukan ke dalam.

Ada banyak sebab:

Ia mengganggu operasi di dalam wad. kedatangan agen insuran misalnya, bukan sedikit, tetapi banyak memberi kesan kepada ahli kelurga terutama yang sedang nazak.

Dengan pelbagai tawaran dan pakej, keluarga merasa tertekan kerana berurusan di dalam wad memberikan ruang kekeliruan, keserabutan malah ganggu tugas kepada jururawat dan doktor bertugas.
Agen insuran pasti akan berusaha memujuk keluarga pesakit mengambil premium tinggi yang sekaligus memberi pulangan komisyen lumayan kepada agen tersebut.

Kedatangan agen peti mayat, lagi amat menyiksakan, lebih-lebih lagi jika urusan dilakukan di depan dan bersama-sama pesakit nazak tersebut.

Jikalah pesakit itu sendiri mendengar dan memahami apa yang dibincangkan, lagilah haru jadinya kerana kerja tawar menawar keranda untuk mereka, berlaku di depan mereka sendiri.

Agen peti mayat adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, di mana pakej yang mereka tawarkan ada pelbagai-bagai dari semurah-murah beberapa ribu ringgit hinggalah puluhan ribu ringgit.

Perniagaan Keranda, atau biasa dipanggil 'tong', merupakan perniagaan lumayan yang semata-mata bergantung kepada kematian.

Lagi tua mereka yang meninggal dunia, lagi tinggi harga yang keluarga perlu keluarkan.

Dan lagi berada pesakit, lagi tinggi harga keranda.

Pakej ditawarkan termasuk pelbagai jenis keranda, ukuran, jenis kayu, pakej pembakaran mayat, pakej 'sembahyang', pakej majlis, pakej 'tokca', pakej kenderaan pengusung, pakej perarakan malah pakej barangan yang perlu ada semasa upacara pembakaran/pengkebumian.

Lebih memburukkan keadaan, jika urusan di lakukan di dalam wad, bukan seorang, malah kadang sehingga sepuluh agen berlainan akan datang dan berlakulah proses tawar menawar di dalam wad.
Sementara pesakit bertarung dengan maut, keluarga pula sedang bertarung dengan agen peti mayat untuk mendapatkan pakej yang termampu mereka biayai.

Agen peti mayat lebih suka datang ke hospital kerajaan kerana peluang untuk mendapat pelanggan adalah cerah.
Kedatangan mereka hospital swasta, jika berjaya mendapat pelanggan, adalah ibarat durian runtuh kerana pesakit di hospital swasta merupakan mereka yang berduit dan sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk belanja pengkebumian pesakit atau ahli keluarga mereka yang bakal meninggal dunia...

Jadi, bagaimana mereka dapat terus berniaga?

Antaranya, meninggalkan kad nama kepada keluarga pesakit, atau memasang kaki@ejen memantau mana-mana pesakit yang nazak atau baru meninggal dunia yang kemudian terus memaklumkan nama si mati, alamat dan keluarga si mati kepada ejen peti mayat.

Bagaimanapun, perniagaan agen peti mayat sekarang terlalu banyak persaingan, dan kebanyakan pesakit atau si mati, sebenarnya telah membuat 'booking' sebelum kematian, keranda mana, syarikat mana dan di mana untuk mereka dibakar atau dikebumikan.

Jawapan yang mereka dapat biasanya..."i'm sorry, he's oledi booking at Nibana..."

Jadi, di mana mereka beroperasi jika di dalam wad, mereka dilarang?

Jangan terkejut jika suatu hari ketika anda berada di lokasi kemalangan terutama kemalangan maut, anda disapa seseorang:...

"Abang, itu mati Melayu ka, Cina ka, India ka..."

Bukan, ia bukan isu perkauman, tetapi untuk memastikan mangsa tu siapa.

Jika mangsa adalah Cina (kebiasaanya), maka ejen peti mayat yang menyapa anda tadi akan bergegas mendapatkan nama, alamat dan waris mangsa untuk berlaku proses tawar-menawar keranda dan perkhidmatan mereka...

Thursday, March 4, 2010

Followers