Gambar Ika (pelajar Akademi Fantasia 6) yang menunjukkan dia memakai piercing (bertindik) di lidahnya kini sudah tersebar luas di internet dan diakui oleh Ika sendiri. Lazimnya apabila ada foto seperti itu, ia menggambarkan budaya negatif diamalkan seseorang itu. jadi, apabila Ika pakai piercing di lidah, dia pasti terkena tempias - dengan anggapan artis yang gemar bersosial dan terjebak aktiviti tidak sihat!
Memang itu gambar Ika, tak dinafikan Ika melakukan piercing di lidah awal tahun ini. Ika sengaja buat sebab saja suka-suka! Sekarang ni dah jadi trend muda-mudi - pakai piercing. Memang Ika tahu masyarakat memandang seorang orang yang pakai piercing. Mak dan ayah Ika di kampung pun bising, tapi disebabkan Ika tak buat salah apa-apa, Ika terus memakainya (piercing) sampai sekarang.
Pun begitu, untuk mengelakkan kontroversi, apabila Ika menyanyi dan berlakon, Ika buka piercing. Tapi, apabila bersama kawan-kawan, Ika pakai semula. Ika harap peminat tidak berfikiran negatif apabila melihat foto Ika dengan piercing di lidah,” katanya berkali-kali memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memakai piercing
bukak je la. tah ape yg best ntah.
ReplyDeletehuhu..ade yg best sis...tu dia pakai
ReplyDelete