Thursday, March 4, 2010

KEKASIH & FUNGSINYA


1- MEMAHAMI
Sentiasa memahami kamu dan dapat merasakan apa yang kamu rasa serta mahukan dalam hidup. Seorang kekasih perlu memahami hati dan perasaan pasangannya kerana dia adalah orang yang paling diharapkan untuk menyokong pasangannya walau dalam apa jua keadaan.

2- RELA BERKORBAN
Seorang kekasih haruslah bersedia untuk berkorban bukan sahaja dari segi masa, tetapi tenaga, wang ringgit dan juga PRIVACY untuk diri sendiri.

3- MENERIMA SESEORANG ITU SEADANYA
Menjadi kekasih kepada seseorang insan yang kamu sayangi adalah memikul tanggungjawab yang berat buat kamu untuk menerimanya seadanya. Ini kerana, tiada seorang pun manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Jadi seorang kekasih HARUSLAH BERSIKAP TERBUKA DAN POSITIF

4- BERTANGGUNGJAWAB
Sebagai seorang kekasih tanggungjawab kamu untuk MENJAGA HUBUNGAN adalah salah satu tugas penting buat kamu. Jadi jangan pula kamu melarikan diri tatkala pasangan kamu dilanda masalah. Cubalah membantunya atau MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL.

5-PENDENGAR YANG BAIK
Sebagai kekasih kepada orang yang kamu cintai, cuba kamu menjadi pendengar yang sedia menerima segala rungutan dan masalahnya walaupun terpaksa mendengarnya untuk beberapa kali!

6- "PEACE MAKER"
Di kala kekasihmu sedang mengatur strategi untuk membalas perbuatan jahat rakannya di kolej, cuba kamu tampil sebagai orang yang boleh mententeramkannya dari melakukan perbuatan nakal itu!

7- HERO ATAU HEROIN
Jadikan kekasih kamu sebagai pelindung kamu. Dia bakal menjadi tempat untuk kamu bergantung jika mempunyai masalah. Tentunya pasangan kamu merasakan bahawa dia adalah individu yang penting dalam kehidupan kamu.

8- INSAN YANG SELALU MEMPERINGATI HARI-HARI PENTING KAMU
Wajib bagi kamu memperingati tarikh lahir pasangan kamu, sedikit kejutan boleh membuatkannya tersenyum.

9- 99% YAKIN
Kepercayaan di dalam perhubungan adalah tunjang utama, oleh itu kamu harus mempercayai pasangan dengan sepenuh hati.

10- "MY NO 1 FAN!"
Jadikan diri kamu sebagai peminat no 1 kepada pasangan kamu. Pastikan kamu adalah pemberi SMS yang terbanyak, dan komen terbanyak di dalam Facebook, Myspace atau Twitter!

No comments:

Post a Comment

Followers