Monday, April 12, 2010

Amalan Memagar Diri/Rumah

Saja ja aku search pasal amalan memagar rumah ni. ada gtak baca dlm buku ust Harun Din & ust Amran Kasimin pasal mende ni...
kalau kawan2 ada kaedah selain dr yg di nyatakan sudilah kiranya postkan kat sini ye. TQ

1.
Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.

Waktu:

Selepas solat Maghrib, seelok-eloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti tahiyyat awal dan mengadap ke kiblat.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.(Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4. Ulangi perbuatan (3) tetapi untuk kali kedua, bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula. Seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5. Untuk permulaan, amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja kepada Allah Yang Maha Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri, dan semasa membaca ayat Kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak berjumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yang masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah).

Pengalaman saya sendiri pernah terjadi beberapa tahun yang lepas ketika berhenti makan di sebuah pekan di kawasan tengah Selangor, semangkuk mee bandung yang saya pesan tiba-tiba meletup di atas meja sebelum sempat dijamah. Saya tak tahu kenapa tetapi selepas itu dari teman-teman mengatakan tempat itu memang kawasan hitam orang melepaskan santau...Wallahualam. Hanya Allah jua yang mengetahui.

SUMBER

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: :::::::::::::::

2.
“Memagar” rumah merupakan satu keperluan terutama kepada sesiapa yang sering diganggu oleh makhluk2 halus. Tidak kiralah makhluk halus jahat yang sukarela, ataupun jin yang di upah untuk tujuan2 tertentu.


PERSIAPAN MEMAGAR RUMAH

Sebaiknya sebelum amalan pagar rumah, hendaklah dibuat solat hajat 2 rakaat. InsyALLAH kita mungkin diberi ilham sekiranya rumah yang diduduki mempunyai:

1. Barang yg dipuja – contohnya tulang bangkai dari perang Jepun dan dipuja pada masa dulu sebelum ditimbus menjadi tapak rumah
2. Bahan sihir yg di tanam – contohnya ada orang yg mendengki cuba meletak barang sihir dalam kawasan rumah untuk menganggu ketenteraman penghuni rumah

Sekiranya barang2 tersebut tidak dibuang, dinding rumah boleh bocor. Tetapi keadaan masih boleh diperbaiki dengan bacaan2 tambahan


AYAT2 MEMAGAR RUMAH (Sekali Buat)

Sebaiknya, rumah di pagar dengan cara membaca surah Yassin 21x selama 7 hari, dan dibaca di tengah rumah. Tetapi sekiranya sukar dilakukan, ulangan yang lebih rendah ialah Yassin 7x selama 7 hari.

Untuk satu kes di mana, pesakit tiba2 muntah darah, amalan Yassin 7x selama 7 hari dilakukan. Pesakit dipercayai terkena sihir ilmu orang Asli ketika makan di pejabat. Amalan ini, alhamdulillah mempunyai dua kesan:

1. Pesakit ”nampak” ramai ”orang” cuba memasuki rumah tidak dapat masuk
2. Luka-luka pada perut pesakit mulai pulih, namun pesakit perlu juga elak makan limau, cili selain mengambil gel Gamat

AYAT2 MEMAGAR RUMAH (Hari2 Kena Buat)

Selain Yassin, boleh juga diamalkan Al-Baqarah 1-10 setiap pagi dan setiap petang. Jadi hari-hari SETIAP PAGI DAN PETANG kena baca, BUKAN SEKALI.

Dan sekiranya ada barang2 yg tertanam, yang boleh membocorkan pagar, hendaklah ditambahkan dengan As-Soffat ayat 1-6.


MELEPASKAN KELUAR JIN2 TERPERANGKAP

Adakalanya jin2 yang terperangkap di dalam rumah akan cuba menarik perhatian kita dengan bermain pintu ketika kita solat sebagainya. Ada kes juga di mana perawat terasa kaki kanannya digosok2. Untuk kes2 jin yg terperangkap, disyorkan baca Yasin 45 3x dan niatkan supaya jin2 yg terperangkap terlepas keluar

Mengikut pengalaman perawat, Yassin 45 3x boleh juga digunakan untuk ”menutup” bumbung sekiranya ada bunyi2 ganjil dibumbung setelah kita pagarkan dengan ayat2 Al-Baqarah 1-10. Ini biasanya akan menyebabkan jin2 yg di atas bumbung terperangkap dan mungkin besar nazak, insyALLAH. Tetapi biasanya bunyi2 di bumbung akan semakin kuat sebelum semakin perlahan.

sumber

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: :::::::::::::::

3

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir
dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu
ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan
dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.
Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa
dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca
ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa
demi untuk keselematan kita semua.

Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.




Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari
pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk
kelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula.
Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki
rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu.
Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan
dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk
anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja
untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah)..

sumber

4 ---------> Cara ni sama dgn cara ust HArun DIn

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
• Ini tembok Nabi Sulaiman
• Dalamnya laut luarnya kota
• Kalau kamu pecah kota ini
• Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.







Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.

Sumber

SEKIAN.

1 comment:

  1. Alhmadulillah.. perkongsian yang bagus untuk semua orang..

    ReplyDelete

Followers