Wednesday, April 14, 2010

Unta simpan lemak dalam bonggol


Unta terbahagi kepada dua jenis iaitu Camelus Dromedarius (yang mempunyai bonggol tunggal) dan Camelus Bactrianus (bonggol berkembar).

Kedua-duanya berasal dari kawasan gurun dengan iklim kering di sekitar Asia serta Afrika Utara,

Ramai beranggapan bonggol yang terdapat pada bahagian belakang badan unta berfungsi untuk menyimpan air.

Tetapi, sebenarnya digunakan untuk menyimpan lemak bagi tujuan memberi tenaga kepada haiwan itu jika tiada makanan.

Selepas unta menggunakan lemak yang telah dikumpul, bahagian bonggol itu akan mengecil dan mengalami penyusutan.

Jika lemak tersebut digunakan sepenuhnya pula, bonggol akan menjadi kosong dan menyebabkannya ia mengendur.

Bagi mengembalikan bonggol kepada keadaan asal, unta perlu berehat dan memperoleh makanan secukupnya.

Jangka hayat purata bagi seekor unta adalah antara 30 hingga 50 tahun.

Sumber: estidotmy

No comments:

Post a Comment

Followers