Thursday, February 25, 2010

Mukjizat,Karamah Dan Sihir

mukjizat

mukjizat merupakan kejadian/kelebihan di luar akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun, karena mukjizat hanya dimilki oleh para nabi dan rasul yang diberikan oleh allah swt kepada para nabi dan rasulnya

contoh-contoh mukjizat

a) unta betina nabi salleh a.s
b) laut terbelah dua apabila dipukul dengan tongkat oleh nabi musa a.s
c) keupayaan nabi sulaiman a.s untuk memerintah segala jenis makhluk di muka bumi ini sama ada jin, iblis, syaitan, manusia dan juga haiwan.
D) bulan terbelah dua oleh nabi muhammad saw.

karamah

adalah hal yang luar biasa yang terjadi pada diri seorang wali allah, yang muncul sebagai pertolongan allah karena kedekatannya kepada allah dan sebagai hujah kebenaran dakwahnya, dan datangnya ini hanyalah satu kali, tidak berulang-ulang, seandainya itu berulang, maka itu berasal dari syaitan, dan yang memilikinya tidak dinamakan wali allah, melainkan wali syaitan

contoh-contoh karamah
a) keupayaan umar al-khattab r.a untuk memberi arahan kepada tentera-tentera muslimin yang sedang berperang di medan perang walaupun ketika itu beliau berada beribu-ribu batu di madinah dan sedang memberikan khutbah di masjid.

B) keupayaan seorang wali allah bernama uwais bin qarny untuk melakukan solat di atas air.

Wali-wali yang tersembunyi ini pada lahirnya tiada apa-apa keistimewaan. Tetapi sebenarnya mereka adalah manusia yang sangat penting pada dunia. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Do'a mereka sangat makbul. Iaitu permintaan mereka allah tunaikan. Rintihan mereka allah beri perhatian.

2. Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidup serta percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang-orang sekeliling. Ertinya, adanya mereka di satu-satu tempat sudah cukup untuk mengubah akhlaq manusia.

3. Dengan adanya orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka allah masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia termasuklah yang derhaka. Juga allah pindahkan atau alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat bertahap-tahap, berperingkat-peringkat hinggalah berpeluang bagi manusia menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan, sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.

4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka inilah (orang-orang soleh dan wali-walinya) dunia belum dikiamatkan.

Sebagai golongan istimewa di sisi allah, mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak diberi pada manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di kalangan orang-orang ramai akan mengaitkan cerita-cerita tentang karamah apabila memperkatakan darihal peribadi seseorang wali itu.

Dalam pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karamah-karamah berbentuk zahiriah atau karamah hissi iaitu kejadian-kejadian luarbiasa yang mencarik adat dan berlaku pada wali-wali dan dapat dilihat dengan mata kasar.seperti karamah boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata dan sebagainya.

Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karamah anugerah allah pada para aulia yang dipanggil karamah maknawiyah. Karamah berbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman mata hati.

Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap-cakapnya. Biasanya karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di samping dikurniakan juga karamah zahiri atau hissi.

Ini kerana bukan senang memimpin orang ramai kepada kesedaran beragama dan amalan islam, lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana orang ramai begitu sibuk dengan kehidupan dunia hatta menilai agama pun berdasarkan kedudukan, dan pengaruh wang ringgit.

sihir

pengertian sihir

sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhainya. Allah s.w.t. Melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk islamnya para penyihir fir'aun.

Punca wujudnya ilmu sihir

sihir telah wujud pada zaman para nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman nabi musa a.s. Ketika mana firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan nabi musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat nabi musa a.s.


Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.


Bagaimana ahli sihir mendekatkan diri kepada jin

untuk mendekatkan diri kepada jin atau syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan al-qur'an ( mushaf ) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat al-qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah al-fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.


Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.


Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.


Perjanjian ahli sihir dengan jin

di bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah cop jin.
Tetapi sebenarnya jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan iblis, bahkan juga bukan cop 'ifrit, jenis jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik jin jahat biasa.

sumber

No comments:

Post a Comment

Followers